Tuesday, June 9, 2009

apehal lagu macam no women no cry nih?

saya cakap pasal astro hitz yang bermain depan mata (music video geek). o0o0o..genre raggae, maybe kerana itu bunyi macam bob marley (ceh memang bob marley setelah melihat tajuk lagu di akhir video tapi lagu lain)..

i went out to see encik boyfriend today. he's working in bangsar, and i went to bangsar and i sesat! sesat ok! saya masuk kampung pasir went all around kampung melihat suasana kanak-kanak bermain air longkang di tepi lebuh raya. nasib baik sangat pintar mencari jalan keluar dan akhirnya sampai di NPE. i bukan orang kl sejati dan i dah biasa sesat (kl ok lagi, sesat di jb agak nangis juga).

pastilah berhadapan dengan jalan sesak dan kereta banyak. tiba-tiba berniat untuk tidak mahu bekerja di bandar. tiba-tiba tak mahu kerja langsung. tiba-tiba juga mahu duduk di johor dan heret semua rakan taulan dan saudara mara encik boifren dan ahli keluarga untuk berpindah di selatan. the best thing about selatan ye, jalan tidak hebat congested macam kat kl (ok, sapa suruh tak naik train saja?)

tiba-tiba mahu bela ikan dalam tong..

apakah?

tapi, bagus juga sesat. bila saya nampak rumah sempit macam sarang burung budak-budak main longkang besar, remaja berambut serabai naik moto tanpa helmet, anak dara bertenggek di belakang motor sambil gelak kuat-kuat (mungkin mengilai kot) dan sampah macam ikan kat pasar lambak tepi jalan sedihnya pula saya. sini adalah kuala lumpur, masih wujud lagi kawasan begitu. tiba-tiba saya bersyukur tinggal di rumah saya yang aman damai ini.

ok, mari dengar lagu hinder pula.

sekian..

No comments:

Post a Comment