Tuesday, June 30, 2009

breast cancer awareness!

title entry sangat skema,

main point adalah;

a month ago i come across this site
its a bag print design competition by gin and Jacqie. about breast cancer awareness and the winning design will get his/her design on a bag. cute betul!

tangan i yang gatal ini macam "eh, why not try eh?rugi ke? tak kan...."
plus i need to do my job as one of the 'people-who-quite-aware-about-this'. and i know how cancer works, it's scary! (i work with cancer cells, have dealt with human breast carcinoma cell line, spread like huh? in the flask)..

so i put on my thinking cap, i am not good in designing things using high tech equipments ka, apa ka but i made an effort there. and the result; TADAA!!!



honestly, i want people to notice that bra immediately! ok, memang simple but less is more right?

so, my friends please vote for me! (ya, perkara ini perlu di vote oleh orang ramai) and ask your friends (yang i tak kenal) your parents, your sisters, your sister's friends, brothers, brother's friends, your lecturers, your lecturers' friends, supervisors, ever makcik cleaner yang boleh access internet tuh, vote for me ya! (macam AF pulak saya rasa :P)

toss that bra, self check to safe life..

Friday, June 26, 2009

last minute work..



she was packing her stuff for pangkor tomorrow while arbainah my new roommate asked me yesterday.

'tak jeles tengok aku kemas barang?' and i shaked my head.

'tak' i grinned.

and i told her that i'm a last minute person, so everything should be done last minute. everything. you can call me malas, a procrastinator atau hapa, i don't care. i like doing last minute work.

the best thing about doing last minute work, it's the blood rush! tak percaya? cuba buat tengok! as for example (saje i nak kasi u all terpengaruh!):

tomorrow u'll submit that paper, today baru nak buat. first, you will use every single minute to write that paper, terasa seperti rajin. then you will feel the pressure when the clock strike 5, ces matila nak hantar kat dr suruh check ni macam mana? pressure tu penting, it will push you to the limit (macam u memang tak boleh lari even 1 kilometer pun sebab stamina kurang, tapi bila anjing itu kejar u 10 kilometer pun u boleh lari!) got that? got that?

selepas itu, misal kata tak sempat siaplah kan. hari ni jumaat pulak, tomorrow you'll huha in pangkor there's no way u can submit that paper. so your supercreative mind will start to think..think..think..!! okay, lampu mentol menyala;

tink!

u will call dr today, or after this ask dr if you can come to her house today to submit that paper and three days of hari cuti will be fullfilled by checking your paper. okay what?! good idea heh?!

see?!see?!

one more thing..

if you have a presentation tomorrow. the same goes to what i said just now. you know why you should do it last minute? imagine if you finish it a week earlier, you will keep on altering the slaidlaa, adding that photolaa, kasi info sikit laa...ever heard of the first instict is the best choice? macam jawapan ABCD then u have no idea what's the answer then u just pick by following ur instinct. ada point situ kan?! kan?!

so the main point here is, it's not wrong to do last minute job/work as long as pandai bajet masa la macha! yes, another positive thing about this last minute thing is you know how to manage your time!

that's all folks.. :)

*sebenarnya ingin melindungi kelemahan diri dengan membuat alasan seperti di atas.
**three posts in a day? haha, i'll be missing this blog three days away babai!!!!

air tangan



bukan,
saya bukan nak tawen..
tapi saja nak test air tangan design baju pengantin..

:P

hah..........?mati...........?

blame me for not watching the news everyday and so malas to read those daily newspaper (kalau selak tengok hiburan, horoscope, interesting news and non-politic stuff). it's about a week kot tak tengok paper, last time was about amah diberi cuti satu hari seminggu (what the huh?).. itu saja..

Setelah pindah kolej baru bilik sempit tapi ceria (almari dan katil dan kerusi adalah warna kuning diraja okeh!) and radio arbainah sebagai pemecah sunyi pagi setiap hari, hari ini sepanjang jam bersiap nak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang student (ceh!) lagu micheal jackson memecah gegendang telinga. and saya apakah mengapakah bagaimanakah, rupanya mati dah mr jackson ini..

or should i say meninggal? or should i say innalillah? is he really a muslim? and kami yang kurang berpengatahuan ini macam 'oh, let's see the pengebumian nanti.' (somebody tolong inform if he's really a muslim or not) ok, tak la berapa penting sebenarnya. whatever..

so, i fikir

senangnya Tuhan nak ambil nyawa ye. kalau betullah dia tu Muslim then terselamatlah dia (kot). if not, then hmm..


Michael Jackson, `King of Pop,' dead at 50

LOS ANGELES – Michael Jackson, the "King of Pop" who once moonwalked above the music world, died Thursday as he prepared for a comeback bid to vanquish nightmare years of sexual scandal and financial calamity. He was 50.

source

*tak minat pun michael tapi lagu dia nostalgic juga macam lagu p ramlee.

Thursday, June 25, 2009

luntur semangat i...



sudah puas tengok megan fox yang hot dan shia lebaouf yang comot (dedua comot sebanarnya). jom sambung cerita..

semua orang excited tentang transformers revenge of the fallen..
ada orang kisah hari pertama rejab? (ok, saya pun tak puasa rejab pun sebenarnya, lupe heh)..

anywhoo..

a film reviewer kasi 1.5 bintang out of 4..
ui, sedih-sedih jika saya adalah mr bay..
luntur semangat saya mahu menonton cerita ini..

tapi saya layankan je..
bagus juga nanti tidaklah mengharap cerita ini best tapi actually best sikit..
kan ok tu..

ok, jom pegi tengok transformers sekarang..

Wednesday, June 24, 2009

bila mak jadi student you..

student u bukan student you..
mak saya sangat remaja boleh geng pulak ngan roommate saya..
dan hamster roommate saya..
siapa roommate saya?
ya, beliau adalah arbainah (malas doh nak letak link blog ko nanti aku letak)
seb baik juge beliau adalah roommate saya..

ok itu saja..

babai..

Sunday, June 21, 2009

pening..pening..ngantok..ngantok

perkataan mengantuk adalah sangat major dalam blog ini.
mengapa ya?
sebagai seorang student yang berjaya macam saya, mengantuk itu mungkin adalah fenomena biasa.
maklumlah saya seorang penganggur berpelajaran (that's why i eagerly want to fill that bajet mini form and send it asap. i've no money for my nxt semester nih..sugar papa, where are u?!)

ya, mungkin kerana tidur pukul 3 dan bangun pukul 12 pada hari minggu (masih dalam bajet tidur 8-10 jam sehari) kepala sakit pening dan mengantuk..

dan besok adalah hari isnin, saya perlu bersedia untuk kerahan tenaga pindah barang ke kolej baru mungkin besok perlu cuti sehari suntuk..

selasa datang lab balik untuk buat hal di lab..

rabu mungkin cuti balik..

khamis juga mahu nganga..

jumaat perlu packing barang..

jumaat malam bergerak ke pangkor!

hurah!hurah!

kehidupanku memang best la..

Friday, June 19, 2009

idea kasi curah sikit!

idea itu penting..
sepenting kopi kepada orang kemaruk kopi di waktu pagi..
sepenting nasi kepada orang yang perlu makan nasi setiap hari..
sepenting air kepada ikan..
sepenting tikus dengan tong sampah busuknya..
sepenting boifren kepada girlfriendnya..
sepenting girlfriend kepada boifrennya..

jadi apabila bangun pagi, perlu fikir idea (mungkin malam sebelum itu lebih baik)
idea apa nak buat keesokan harinya..
seperti planninglaaa..
so that the next day or that day you know what to do..
you know that you should plate your cells today..
you know that you should meet your supervisor today..
you know that you should call that supplier today..

yes...

so that you know what to do that day..
takdala nganga macam i nih!
and datang lab pada pukul 11.00 pagi baru nak fikir apa yang perlu dibuat eh?
okay, jangan jadi macam saya ye!

Thursday, June 18, 2009

sleepy gaban.

i miss gaban.
i miss action kamen also.
oh, i miss sin chan juge.

cut the crap!
i am sleepy actually.
very sleepy.

Tuesday, June 16, 2009

camera no no..

bateri saya tidak ada..
sudah dibuang ke dalam tong sampah.
jadi energy untuk camera juga tidak ada.
jadi tidak ada gambar yang banyak untuk dipersembahkan.
gambar pun banyak dari internet sahaja.
saya memang perlu bateri, namun saya tidak mampu untuk beli rechargeable battery..
call me pathethic, kedekut taik idung masin atau ape..
tapi ada sapa nak belikan i rechargeable battery tak?

dipersilakan eh..hehe

Monday, June 15, 2009

saya suka cerita ini

Kisah Pendayung Sampan

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.

Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudiandigoyang- goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuatkajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya diaberkata di dalam hati, 'Hmm. Hari nak hujan.'

' OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat' kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai... Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan...

'Kamu dah lama kerja mendayung sampan?' Tanya Professor itu.

'Hampir semur hidup saya.' Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

'Seumur hidup kamu?' Tanya Professor itu lagi. 'Ya'.

'Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?' Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu
bertanya lagi, 'Kamu tahu geografi?'

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

'Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.'

Kata Professor itu lagi, 'Kamu tahu biologi?'

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

'Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?' Professor itu masih lagi bertanya...

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

'Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.' Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,

'Kamu tahu berenang?'

Professor itu menggelengkan kepala.

'Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.' Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.


Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.

Tak guna kalau kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.

Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi 'MASTER' dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?


Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.

Usaha sempurna adalah kemenangan... insyaAllah.


Sunday, June 14, 2009

go lenka!

Align CenterTrouble Is A Friend

Trouble will find you no mater where you go, oh oh.
No Matter if you're fast no matter if you're slow, oh oh.
The eye of the storm and the cry in the morn, oh oh.
Your fine for a while but then start to loose control

He's there in the dark,
he's there in my heart,
he waits in the winds
he's gotta play a part.
Trouble is a friend,
yeah trouble is a friend of mine. oh oh!

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh.
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh.
He sees what I see and he knows what I know, oh oh.
So don't forget as you ease on down the road.

So don't be alarmed if he takes you by the arm.
I won't let him win, but im a sucker for his charm.
Trouble is a friend,
yeah trouble is a friend of mine. Oh oh!

Oh how I hate the way he makes me feel.
And how I try to make him leave; I try.
Oh Oh I try!

menganggap seperti hari biasa

sabtu dan ahad yang indah jangan ingat dua hari itu dua hari untuk berfoya-foya.
berfoya-berfoya tidak semestinya pada dua hari itu sahaja, boleh juga hari lain..
itulah sebabnya hari sabtu dan ahad bagi zura-zura adalah story busan dan kosong dan kehidupan hanya dengan labwork jika tidak ke mana-mana.
dan sabtu dan ahad itulah hari lonely bagi zura-zura.

rakan-rakan pulang ke rumah masing-masing menikmati hidup bersama keluarga;
rakan-rakan juga mungkin pergi dating dengan teman lelaki.

dua sebab itu menjadikan hidup menjadi sangat lonely pada sabtu dan ahad kerana keluarga saya jauh dan teman lelaki juga jauh. kesian saya, isk..

tapi a-a-aah...(sambil mengeleng kepala jari telunjuk gerak kiri kanan tandanya tidak!)

labwork juga adalah kehidupan saya. saya sangat syukur menadah tangan ke langit sebab jika saya busan saya pergi lab, tengok anak hamster supervisor 10 ekor atau beri makan ikan guppy, anak-anak ikan guppy, zebra fish, anak zebrafish, ikan tetraneon dan anak..oh, tetraneon tak ada anak kot dalam akuarium. juga melihat apaaaaa yang patut saya buat hari ini. oh ya, membela sel kanser ovari yang sudah tua itu. banyak songeh tahu! bukan senang untuk memahami nenek tua itu (sel kanser ovari).

kehidupan saya memang penuh dengan belaan (bukan hantu belaan)..

semoga saya diberkati Tuhan..

amin..

Friday, June 12, 2009

tarik ke neraka



mak pesan jangan buat jahat dengan orang tua.
terimalah padahnya masuk neraka terus..

haha ok tak kelakar.

tapi
marilah-mari pergi menonton cerita drag me to hell!
silalah tonton dengan penuh emosi supaya wajah nenek mata sebelah lain se belah lain itu mejadi hiasan minda anda.
dan bersedialah dengan adegan-adegan geli muntah cacing masuk mulut dan muntah mayat masuk mulut..
tidak lupa juga lalat masuk mulut..
dan nenek tak ada gigi menggigitgigit mulut (seperti berciuman dengan perempuan sejenis dan perempuan itu tak ada gigi) eeeuuww...bluuuuerggh!


i cekik u!!


u pusing je u nampak i tidur sebelah u..haaii...

dan pengajaran yang banyak boleh dipelajari di sini seperti;

  • jangan kerja di bank (nanti berisiko untuk berjumpa dengan nenek itu)
  • jangan kecewakan dan menolak dan memalukan sebarang nenek yang mempunyai sapu tangan bunga dan kuku panjang dan bergigi palsu. kebarangkalian untuk dia mencuri gula-gula anda adalah sangat tinggi.
  • sebagai seorang nenek, jangan suka-suka hati menyumpah orang lain masuk neraka. tak baik tahu (macam lah nenek tu baik sangat!,huh, nenek don't!don't send me to hell)
  • bila ada peluang untuk lari tu, lari jela!!janganlaa pulak sempat ejek nenek yang dah pengsan tu kata yeyeyey!menang! pastu hah, amek ko kena belasah ngan nenek yang kebal tu..
  • check dulu dalam sampul tu ada apa, barula korek kubur nenek tu dan sumbat barang yang diniatkan nak sumbat tu dalam mulut dia (sangat beria sumbat barang yang salah)..
  • belajar berenang, supaya boleh berenang di dalam kubur yang penuh air sebab hujan
ok, penatla i nak bagi tau the moral of the story ni..

u all tengok lah sendiri ye!

Thursday, June 11, 2009

apabila sedang tengok cerita p. ramlee



lama sangat tak tengok cerita p ramlee
lawak lauyar p ramle yang macam best itu pastilah tidak jemu untuk ditonton kan?
betul?
tak betul..?

betul ok! jangan nak melawan cakap i ok..

hari tu saya tengok laksamana do re mi
ada satu part buat saya gelak sangat adalah:

'hoooooi! doooo....! naaaiiiik! hari nak hujan!!!!!' jerit re dari atas bukit.

mi pulak kata;

'oi, re..mana ada nak hujan. kan panas terik ni.'

'aku nak kasi do naik cepat sikit' jawab re.

mi pun jerit juga dari atas bukit

'oooooi! doooo...! naaaaiiik! hari nak kiamat!' terus kena cepuk dengan re. (saya sangat gelak part ini)

'lain kali bagila alasan yang possible sikit. ini yang impossible.' balas re..

mungkin lain sikitla dari dialog sebenar. tapi part hari nak kiamat tu memang sakit kepalaku!
dan sabun di bilik mandi itu juga menggelikan jiwa.

lawak p ramlee memang best owh!

Tuesday, June 9, 2009

apehal lagu macam no women no cry nih?

saya cakap pasal astro hitz yang bermain depan mata (music video geek). o0o0o..genre raggae, maybe kerana itu bunyi macam bob marley (ceh memang bob marley setelah melihat tajuk lagu di akhir video tapi lagu lain)..

i went out to see encik boyfriend today. he's working in bangsar, and i went to bangsar and i sesat! sesat ok! saya masuk kampung pasir went all around kampung melihat suasana kanak-kanak bermain air longkang di tepi lebuh raya. nasib baik sangat pintar mencari jalan keluar dan akhirnya sampai di NPE. i bukan orang kl sejati dan i dah biasa sesat (kl ok lagi, sesat di jb agak nangis juga).

pastilah berhadapan dengan jalan sesak dan kereta banyak. tiba-tiba berniat untuk tidak mahu bekerja di bandar. tiba-tiba tak mahu kerja langsung. tiba-tiba juga mahu duduk di johor dan heret semua rakan taulan dan saudara mara encik boifren dan ahli keluarga untuk berpindah di selatan. the best thing about selatan ye, jalan tidak hebat congested macam kat kl (ok, sapa suruh tak naik train saja?)

tiba-tiba mahu bela ikan dalam tong..

apakah?

tapi, bagus juga sesat. bila saya nampak rumah sempit macam sarang burung budak-budak main longkang besar, remaja berambut serabai naik moto tanpa helmet, anak dara bertenggek di belakang motor sambil gelak kuat-kuat (mungkin mengilai kot) dan sampah macam ikan kat pasar lambak tepi jalan sedihnya pula saya. sini adalah kuala lumpur, masih wujud lagi kawasan begitu. tiba-tiba saya bersyukur tinggal di rumah saya yang aman damai ini.

ok, mari dengar lagu hinder pula.

sekian..

Monday, June 8, 2009

one thing about me? i'm unstoppable

i can't stop surfing the net..
i read people's blog about dogs..
malays who owned dogs and have dogs for their pets..(very interesting)
ustaz asri's opinion about dogs and pigs..
and about this stupid person (sangat malu nak mengaku sesama islam) who strangled his neighbors' dog to death (cerita lama but still a dog topic).
suddenly i feel like i am a dog person..


ok,
i'm still a cat person, honestly..

and i think i need to rest now. get some sleep.
i've been awake since..hmm, 11.30 am yesterday..?
and yes, now is 7.15 in the morning..
you have no idea how dark my eye circles are..

maybe i should consider a gothic eye style heh?
nope?
like gerard way?
nope?

ok, need t0 sleep now..

Sunday, June 7, 2009

vanue: desa park city





nice view, nice weather, nice place to jog, to kite fly, dog walk and fish feed...
made new friend; winny and titi the cute-sweet-clever-jalan-tanpa-tali-dog (seperti mahu peluk pun ada)..

boleh release stress i.. :)

cerita di sebalik gambar dan hari ini







beside tidak tidur satu malam dan tidur pagi besoknya dan bangun balik pada pagi yang sama, saya juga teruja untuk ke KK (Kenduri Kawen!). well, perjalanan ke kenduri kawen tidaklah seindah mana kerana jalan nak ke rumah mizah member sekolah memang susah (i kena charge rm 15 dari serdang komuter ke seri kembangan sebab berpusing-pusing sekitar taman last three rayas). pergaduhan suami isteri juga berlaku. ergh, i really hate new place yang mempunyai jalan berbelit-belit.

but i met farah, i met belle kind of fun there (even tidak semeriah wedd sima and farah where i met more friends) and tidak sempat juga melihat majlis persandingan, tapi sempat melihat pengantin lelaki tiba.

encik boyfriend needed to go to pas (plaza alam sentral) kerana ada kerja, so agak bergegas juga bergerak dari majlis itu. thanks to farah yang sarat mengandung, sanggup menunjuk jalan (well, shah alam is her place!) dan sesampainya kami di sana menonton shida dangdut menyanyi lagu kacip fatimah (what the huh?).

sementara menunggu kekasih bekerja saya pun jalan seorang dengan heels paling tinggi terbang juga duit i beli kain-kain (lagi) dan tudung-tudung (lagi). ingat untuk singgah masjid shah alam, atau putrajaya tapi sebab dua orang manusia ini sangat mengantuk (me and encik boyfriend ya) kami terus pulang sebelum pukul 6. sangat baiknya kami..

mungkin besok akan pergi tempat menarik bagi mengisi masa lapang..yey..!

Saturday, June 6, 2009

mahu pergi masquerade party..



hi,

saya pulang ke rumah hari ini dengan menaiki kereta kancil ku yang gila comel macam tuannya juga. dengan bangga meter menunjukkan 120 km sejam, ada sikitla gegar-gegar tetap macho potong hyundai accent dan juga beberapa biji kapcai. tidak lupa juga memotong dan memaki hamun kereta yang nampak je canggih dan hebat mempunyai 100 kali kuasa kuda tapi gila lembab macam siput (sori siput i tak berniat nak kutuk u).

honestly, memang sangat seronok drive sebenarnya..

sesampainya di rumah (oh, taknak dengar cerita pasal rumah ok, teruskan ke niat sebenar..) amirah si adik yang pulang cuti sekolah tiba-tiba ingin meminjam kamera tidak canggihku nak menghadiri jamuan yang tidak dapat diingati apakah tapi yang pasti tema sangat menarik iaitu fairy tale dan fantasy land (or whatever tidak ingat juga apa tajuk sebenar bukan final fantasy). juga perlu memakai mask. oooh, teruja!

emakku yang sudah berumur 40 an itu juga sudah ke party yang memakai mask, ini si adik pula, oh jelesnya rasa hati..dalam hati gila berdendam pada tempat belajar sendiri mengapa tak ada masquerade party eh? jeles..sangat jeles..

seingat saya di zaman persekolahan, saya tidak pernah ke mana-mana theme party, sekolah sangat warak dan beriman theme party itu adalah sangat jauh panggang ayam dari unggun api (bayangkan saya pegang ayam mentah sambil nangis tengok semarak ungggun api nun di kejauhan sana). of course semasa tingkatan 5 ada party juga tapi oh semua bertindak ayu dengan memakai baju kurung paling cantik yang ada dalam almari dan masa itu juga boleh show off gaya tudung berpusing-pusing sebab tidak berjahit tengah (nangis). sungguh tidak memoir zaman itu.

masa matriks pun sama. i pakai kebaya for the first time dalam seumur hidup gadis suntiku..memang tidak memoir juga (yang memoir apabila mengangkat garpu dengan tinggi sambil berkata 'yeeeeergh aaaargh!').

namun..

kusangka panas hingga ke petang. tapi memang nampak pelangi cantik masa hujan rintik-rintik tengahari tadi.

masa first year saya sebagai seorang mahasiswi cemerlang gemilang terbilang, kolej saya buat theme party (semua kolej kediaman pasti ada) dan theme masa itu adalah pakaian beragam (ok, memang sangat tadika). masa itu saya sangat gila harry potter dan saya suruh emakku sayang membuat jubah hitam besar untuk saya dan rakan sebaya. i wanted to be a witch that night.

the best part is;

"saya nak kita hargai semua yang mengikut tema malam ini especially those three witches over there" sambil lampu spotlight suluh directly kepada mangsa iaitu kami bertiga (we wore pointy witch hats - the tallest of them all you can say). and that night kami menjadi sangat artist "nak tangkap gambar dengan witch lah!" kata ahli kolej lain yang tak dikenali..haha, sangat gelemer...

tapi sayang kerana saya tidak ada gambar untuk malam itu (i pun tak tahu kenapa heh?) but that is the best theme party i've ever had.

so the following year tema bertukar menjadi busan - pakaian traditional (blergh!) tapi bila saya pindah ke kolej yang lebih sopan di tahun ke tiga, kolej lama buat tema 70's show pulak (haisy melepas i). kolej baruku of course, pakaian traditional menjadi tema utama (busan..busan - i pakai kebaya i jeeerh).

so, demi men'support' adik ke masquerade party fantasy alice in wonderland or whatever, saya pun punggah keluar jubah hitam besar itu semula (memoir..memoir) dan mencadangkan jadi witch juga tapi lebih gelap like "i come from the dark side" like a very evil villain (sampai i suruh adik i pakai celak hitam bawah mata macam mata semulajadi i) sebab saya rasa mesti semua orang perasan princess pakai kain kembang kaler pink (ergh!).

so, u go girl! selamat menjadi dark witch yang jahat. while me, mungkin berharap ada masquerade party supaya saya boleh pakai mask emak yang cun selepas ini (beli di petaling street memang cantik owh!).

Thursday, June 4, 2009

follow up!

saya menonton ugly betty bukan kerana saya saja-saja nak tengok (ok, memang saja-saja sebenarnya) tapi saya juga belajar dari situ (ayat sama macam post ini). satu quote dari marc adalah:

'you should have left a msg last night followed up this morning, and sent them flowers and then wait up outside the office until they gave you either the planetarium or had you arrested for stalking!'

the situation was when matt didnt get that planetarium for their Yeti group photoshoot.

i was told frequently that following up is the most important thing when dealing with people. seperti deal dengan orang kerajaan especially, kalau skali telefon kata

'saya nak tahu mengenai sekian sekian dan sekian'

dan orang itu akan kata;

'ok, kita akan hantar melalui email ye, email cik?' atau

'nanti kita akan telefon balik, berapa nombor telefon cik?'

when i used to work with eddy, when you need something, FOLLOW UP!. when you want something, FOLLOW UP!. i think when you want to be successful in life the main thing is to FOLLOW UP! ok tiga kali dah tu. sambung cerita di atas;

if you wait for that particular person to call you, oh hampehlah setahun mungkin belum tentu and most of us terus give up saja. solution? call and follow up macam eddy buat;

'semalam i ada telefon u untuk minta maklumat mengenai sekian, sekian. i ada bagi email i tapi i tak dapat pun email u. so boleh tak kalau u bagi sekarang?'

and if that particular person juga tidak melayan anda;

'i am eddy, i telefon u semalam mengenai sekian-sekian. this is very important to me, so can you please email me the information probably today before 5?'

and if that particular person tidak ada di office (atau sengaja mengelakkan diri dari anda);

'oh, he's not around. can i have his handphone number?'

mungkin ada unsur-unsur stalker di situ. tetapi selagi tak dapat apa yang anda mahu, selagi itu tidak salah menjadi stalker.

saya pernah buat begitu ye untuk pengetahuan anda semua. memang saya dapat apa yang saya mahu, sampai orang itu sanggup hantar maklumat itu ke jusco tinggalkan di booth makanan untuk saya ambil di situ. saya memang tak sempat jumpa beliau tapi jasa beliau amat dikenang. lepas itu, tiada lagi panggilan ancaman dari saya (eddy pernah suruh saya cakap 'ini penting sebab menteri besar nak datang dengar presentation dari kami!' - but i didnt do that, heh)

and i think what Marc said is totally true. remember Devil wears Prada? Andy Sach just called anybody to get rediculous things for Miranda and she followed up. she got what she wanted even the latest unpublished harry potter.

ok, itu mungkin hanya cerita. but it's not impossibble to apply it in your real life!

one more thing is about job interview - my successful colleague (who is now a rich tutor in local university) told me that when you have an interview and waiting for the result to come out, instead of waiting, it is better for you to call and ask.

'saya nak tanya keputusan interview saya hari tu macam mana?'

so that if you didn't get that job, you can hunt another. boleh memendekkan masa. ada point kan di situ? (kena bersedia untuk buat muka tak malu selepas ini - i will be a job hunter soon - again!)

so mari berikrar sekarang..

dengan ini, saya akan terus follow up jika saya ingin sesuatu (dan kalau orang itu buat bodoh saja saya akan follow up sampai orang itu tak mampu untuk buat bodoh lagi!) macam saya buat sebelum ini. tapi itu hanya sekali ye, saya dah tak ada encouragement untuk buat perkara gila itu lagi. but neva mind, kalau tidak berusaha, tak dapatlah apa yang kita nak, senang cerita...

Monday, June 1, 2009

vanue: art gallery danga city mall











*art gallery sambil bergambar memang best dowh!