Thursday, May 21, 2009

tidak ada penetapan hati


gambar lama (ada ke makcik cool macam ni main belon dalam ofis?kitorang je!)


hati tidak tetap bukan sebab mahu curang atau ape (kenapa ke situ pulak fikirnya heh?)
hati tidak tetap kerana tidak boleh menumpukan perhatian khusus kepada perkara yang sepatutnya dibuat. seperti membaca journal (muntah) dan mengupdate result, gila tak ada mood untuk buat itu semua. salah satu cara adalah dengan menyibuk tanya orang, si anu sudah siap ke? bila konvo? berapa banyak dah publish paper? gila memang sangat annoying terhadap diri sendiri (orang lain juga adalah pasti juge).

sebenarnya tujuan buat perkara annoying begitu adalah untuk menimbulkan semangat kepada diri sendiri. kononnya jika dapat tahu si anu sudah publish 3 journal dan salah satunya adalah international journal mana tak jealous doh! bila jealous perlulah untuk semangat-semangat terus cari result banyak-banyak konon nak publish paper juga kalau boleh 10 international journal. ergh, mana pergi tah 10 international journal jika sekian waktu tak ada MOOD nak buat semua itu.

memandangkan saya positive, saya pun fikir yang kita perlu berfoya-foya di waktu sekarang nanti kerja memang tak boleh tengok gossip girl sampai pagi. student bebeh, student-saya memang sangat nak menghargai detik-detik menjadi student yang hanya tinggal setahun dua ini (uih sangat lama).

however,

perlu juga untuk membahagi masa dengan betul (seperti nasihat cikgu kepada anak muridnya). mungkin saya kena berdoa ntuk tetapkan hati dan perasaan yang gila hanyut entah ke mana. hiburan adalah makanan utama, pastilah yang lagha-lagha itu menindas perkara-perkara yang mendatangkan faedah (seperti ustazah pula saya).

tapi separuh hati kata tak apa jika man-man pun. journal boleh dipublish lepas dapat result sebulan dua tiga empat lagi. master boleh dihabis setelah lab dah siap semua mungkin sebelum bulan 12 ini. tapi separuh lagi hati kata kalau boleh publish journal besok! kasi result ke sv dengan segera untuk impress beliau supaya saya boleh dapat minyak zaitun dari greece (dah terlambat) atu cepat-cepat habis labwork sebelum bulan 6 nih (ergh boleh ke?)

tinggal nak dengan tak nak je...

*i'm gonna miss this life.

No comments:

Post a Comment