Sunday, May 31, 2009

tensi gila kalau waktu itu menyambar laju macam kilat!



second post for today apa saya peduli 10 post dalam sehari pun yang membazir adalah masa saya. bila besok dah bulan june, mula lah hati rasa tak tenteram, jiwa kacau dan otak serabut.
kehidupan mennjadi kucar-kacir suasana menjadi tegang dan wajah murung. kereta putih saya juga menjadi kotor dan tidak putih lagi (ditelan masa).

a samad said bolehlah ambil ayat tadi untuk idea puisi yang akan datang. (idola saya, oh ya boleh 'cite' nama saya jika perlu)

masih ingat semasa awal tahun (tidak sangka tahun ini sudah hampir separuh berlalu) mak tanya bila nak habis belajar ni? dengan muka penuh konfiden saya kata oh, mak tunggulah bulan 6 ni habis kot - dengan harapan konon boleh siap master 1 tahun setengah. ah itu semua gila dusta. manekan nak siap kalau methodologi asyik bertukar seperti tukar baju atas sebab tak tetap pendirian - padanlah muka you!

so sekarang macam mana nak kawen ni? (walaupun perkahwinan adalah second akhir dalam list - paling akhir adalah zuriat sendiri of course mesti kawen dulu baru berzuriat sendiri ok..) masih buat tak peduli tentang kerja lab yang tidak seronok itu. sangat bercita-cita mahu jadi sales executive supaya tidak perlu fikir tentang kerja lab dan dapatlah i searena dengan brian si mamat mikroskop yang muka ada sikit macam henry golding (angan-angan saja).

umur juga nak bertambah nih (bulan 4 july, siapa nak bagi hadiah, bolehlah beli dari sekarang. kalau dapat beg guess gila besar ada less 40% kat MJ sedap jugak - heh). di sudut hati kecil saya mahu jadi orang berjaya berpakaian smart membawa briefcase sambil bermuka confident tinggi. bawa pula kereta toyota vios kaler kelabu berkilat sambil pemandunya (i lah tu) memakai kaca mata hitam besar jenama gucci. oh ya meter kelajuan menunjukkan pemanduan 120 km sejam.

masuk kawasan rumah selepas menekan punat hijau di remote control pintu pagar rumah berkembar dua tingkat. masukkan kereta dengan penuh bergaya sambil memnaggil 'mak, i'm home! jom pergi shopping sekarang. i nak belikan mak beg Guess yang ada 40% discount kat MJ.' sambil jeling civic anak jiran sebelah ada ke tidak -er, mungkin beg guess 40% discount tidak akan dipandang. dengan memiliki seorang anak perempuan yang kaya dan berjaya mak akan pointkan beg Guess paling latest kat atas rak kaca tu....

cis, umur sudah 25 tahun. patut mampu beli itu semua kalau tahap iq tinggi macam saya nih. tsk..mahu berhenti berangan sekarang...

No comments:

Post a Comment