Friday, May 1, 2009

sampai bertemu jodoh

umur 25 tahun sudah dikira sebagai umur dah masak-masak ranum untuk kahwin (cewah, ada tokoh menjadi seorang penulis artikel?).

tapi,

jikalau makcik-makcik dan aunty-aunty sekalian mempunyai anak perempuan yang berumur 25 tahun ke atas (atau ke bawah, atau tak kisahlah umur berapa pun), usahlah makcik-makcik sekalian memaksa, mahupun bertanya secara paksa, atau menyoal secara paksa (dan seadik-beradik dengannya) mengenai isu-isu perkahwinan (gila arh dan macam artikel dalam majalah kahwen dah ni!). ini adalah kerana, jika anak tersebut mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

a) sudah mempunyai boyfriend dekat 10 tahun tapi masih di takat itu juga tidak gerak-gerak
b) baru saja mempunyai boyfriend adalah dekat sebulan dua gitu
c) masih belum mempunyai boyfriend
d) baru putus tunang, atau baru bercerai (kes lain)

makanya, soalan seperti itu adalah tidak berhak untuk ditanya malah, jika ditanya pasti mengundang seribu satu hangin di dalam badan dan serabut di kepala otak si gadis tersebut. sama ada si gadis akan memaksa pula si boyfriend yang baru kenal atau sudah lama kenal (bagi kes a dan b) untuk lekas-lekas masuk meminang - ini akan mengundang kepada kes-kes seperti menjadi perempuan desperate atau lebih teruk akan ditinggalkan kekasih kerana tekanan persekitaran. bagi kes c pula, hati si gadis akan berdegup kencang apabila si emak-emak ini akan mengintai mana-mana jejaka untuk dijadikan pasangan anak perempuan mereka itu.

ok, relaks la makcik. makcik ingat anak makcik tu tak nak kahwen ke? semua orang nak kawen, tapi di dalam arus kemodenan sekarang, umur berkahwen dah meningkat ke 28 tahun (ok, ini saya reka) tapi makcik nampak pointnya kan? dulu bolehla makcik kahwen umur 18 tahun, nenek piah kat belakang rumah sana pun kahwen umur 12 tahun. tapi kami moden makcik (ceh, kami pulak, saya ni terasa ke?) anak makcik bekerjaya, mungkin belajar pun tak habis lagi. macam mana nak kahwin? kahwin bukan sehari dua makcik.

lagi satu makcik oi,

kalau anak jiran sebelah dapat kahwin umur masak-masak ranum tu, dengan doktor pulak tu, gaji besar pulak tu, tak payahlah nak rasa tercabar atau kecik hati sebab anak jirang sebelah lebih bahagia dan cepat temu jodoh. anak makcik pun akan temu jodoh juge. cuma sabarlah. adalah tu kekangan yang membuatkan anak makcik tak kahwin lagi. anak makcik mungkin nak habis belajar dulu. ada yang nak kumpul 10 juta baru nak kahwin. ada juga nak jadi GM dulu baru nak kahwin. itu hak anak makcik la, makcik tak boleh paksa. jodoh kan di tangan Tuhan. makcik tak payah kecoh la. tensen anak makcik, takkan nak suruh anak teruna orang lain makan megi kerja separuh mati atau mati terus sebab nak minang anak makcik ni? dahla makcik mintak duit hantara macam siti nurhaliza. kalau boleh kasi ong sikit rm 88,888.88. nak cari 88,888.88 sepuluh tahun kerja pun belum tentu boyfriend si anak tu boleh nak masuk minang anak makcik (lainla kalau di datuk K makcik oi..)

kalau anak makcik takda boyfriend tu, takpelah makcik. tak payah risau-risau. nanti adalah tu boyfriendnya, nanti tunjuklah tu kat makcik. lainlah kalau anak makcik suruh carikan, itu lain cerita lah makcik, makcik boleh jadi tyra banks tapis-tapis, eliminate mana-mana model yang datang interview untuk jadi menantu makcik. nanti adalah tu jodohnya.

kalau anak dah ada boyfriend tu, bila bawak balik tunjuk ke makcik, makcik jangan la strict sangat tak suka moncong sedepa sebab bakal menantu tak hensem macam edward cullen. edward cullen tu vampire, bolehlah dia hensem. dia ni manusia biasa je, apa salahnya kalau dia ahli musik.. takpelah kalau dia bukan mejestret atau doktor pun. asalkan ada harta nak kasi makan anak makcik sampai tua. kalau dia kaki pompuan, baru makcik reject. kaki dadah pon makcik boleh reject. kaki judi pun makcik boleh reject jugak.

e'eh dah petang ni..

makcik, saya balik dululah ye, mane elok anak dara balik time-time maghrib ni...

2 comments:

  1. heheheheeh
    sangat best entry ni.. tp rasanya mak-mak zaman skrg ni dah kurang
    dah tak ramai yg perangai mcm ni
    semua dah paham
    derang yg dok suruh anak blaja tinggi2 kan, kasik dpt master
    jadik yg paling terror antara semua sepupu2 dia
    so kalau anak dia kawin paling lambat
    cool je...

    tp ada gak tuan punya badan sendiri yg mcm gelabah ayam...risau gak la kan, tgk smua kawan dah naik pelamin
    dia bf pun takde lagi
    alah..pe nak risau
    setiap dr kita kan mmg dah ada jodoh masing2

    ReplyDelete
  2. hmm, betul jugak tu..
    tapi mak-mak zaman sekarang kengkadang merenyam juge tengok anak orang lan dah pegang cucu..
    dalam hati bileelaa anak aku nak habis belaja ni.

    but, you're right setiap orang ada jodoh masing-masing..

    ReplyDelete