Saturday, May 2, 2009

nak bagi apa kat majlis kahwen orang ek?

cantik? germesonline.com


ye, umur sedang masak-masak ranum nih (erk, lagi?) rakan sebaya dan tidak sebaya juga dalam lingkungan umur begitu. jadi banyaklah jemputan perkahwinan akan saya terima nanti. sekarang ni pun boleh kata semakin nak rancak. dan sekarang juga kalau pergi ke majlis perkahwinan rakan tadika, sekolah, matriks atau uni (atau kenal di PLKN pun boleh consider jugak - ok, saya tidak join PLKN, bukan zaman saya) dah mane nak pergi ngan abah dan emak dah. mungkin kalau abah dan emak itu kenal dengan abah dan emak rakan yang menjemput ke majlis kahwin tu bolehla prgi ngan parents sekali..

the point is;

kalau sudah namanya pergi dengan member lain yang single atau member lain yang sudah bertunang atau berlaki (itu dia ikut tunang and laki dialah! takkan kita-kita ini mahu ngendeng kot) mestilah kena bawak hadiah ye tak? personally, saya suka je beli hadiah kat jusco (mana lagi?) dan saya takkan beli pinggan mangkuk kaca cawan piring terbang dan segala bagai (last time beli untuk bakal kakak ipar). saya rasa pengantin mesti muntah tengok banyak sangat mangkok! kalau boleh buat berniaga pun ok juge.

saya ada trend baru (atau sudah lama), saya belikan je cadar sebab boleh tukar-rukar, senang nak simpan sumbat je dalam almari yang pasti biarlah cadar itu cantik sedap mata memandang, sesuai untuk tema alam perkahwinan, nak gamba sepender baju dalam pun boleh kalau tak tau segan laa. tapi ye, sebagai hadiah personal boleh la kot sebab murah. nak beli comforter, ehem, kawan-kawan, saya tak mampu le..

tapi, takkan sepanjang hayat nak kasi bed sheet ek? ape benda lagi yang booleh dibagi ke pengantin nih? saya pernh bagi frame gambar ( ok, dengan harapan frame itu boleh letak gambar laki bini kat tepi katil, comel ye dari teddy tales lagi, dah macam english style bilik korang nih heh), hadiah paling teruk pun saya pernah bagi sebab tak sempat nak bagitau member lain untuk kongsi hadiah dan member tersebut juga macam hidup segan mati tak mahu untuk kongsi hadiah dengan saya, maka dengan budget yang cukup rendah, saya beli juga hadiah sebab tak mahu datang dengan tangan kosong. nak kasi duit hulur (duit poket atau ape ek?) macam makcik-makcik pun ada juga tapi tak syiok aa orang lain nampak ekslusif gile pegang hadiah biarlah kecik pun asal hati ikhlas mendoakan kebahagiaan mereka. saya pun belila kain lap kaki nampak macam buruk tapi kan berguna juga? murah je pun. (ok, nak kutuk, kutuklah!orang ini bukan kenalan rapat, kasi rag buruk yang DIBELI bukan dicuri atau diambil dari rumah asal hati ikhlas pun boleh kan?) dan bile barang murah, saya segan pulak nak letak nama (hah, kantoi dah saya).

jadi selain dari barang dapur (yang saya pasti mesti pengantin pernah dapat periuk nasi sampai dua, set pinggan mangkuk sampai 8, belum tambah lagi dengan coffee maker sampai 3 dan segala macam lagi) apa lagi yang boleh diberi pada pengantin ek?

kasi idea sikit?

*ikea pasti banyak barang murah dan cantik dan unik (walau hanya sebijik sudip). mane saya nak korek ikea kat sini? hmm, kena beli hadiah kahwen secara bundle nih kat ikea nih. senarai..senarai..mulan kawen, mizah kawen, tikah kawen, dina kawen..bla..bla..bla...

2 comments:

  1. sebagai seorang bakal pengantin
    bagai disorong bantal. jgn tanya kat dayu 'ko nk pe kawin'
    mcm2 kuar kan..

    tapi dayu akan sengih suka hati kalau dapat:
    -side table lamp
    -set sudu
    -carpet (kecik pun takpe)
    -dvd player
    -vacuum
    -set tempat simpan garam,kunyit smua tu

    setakat ni tu je yang terlintas
    hahahah...sesuka hati je kan

    ReplyDelete
  2. dayu, terima kasih..
    sangat bernas idea yang diberikan itu!

    ReplyDelete