Monday, May 18, 2009

membaca itu amalan mulia...




tajuk post adalah sama seperti wordings yang terdapat pada bilik darjah sekolah kebangsaan taman bukit maluri kelas 5A3 di bawah seliaan puan jafizah (atau cikgu kelas). kelas itu juga separa cantik dan saya duduk menghadap tingkap di hadapan seorang jejaka cina skema bernama Kwong Cheng Wai dan sebelah saya ialah Hanis dan berkawan rapat dengan Lim Hui Fang juga. saya ingat Cheng Wai duduk di depan saya kerana beliau pernah baling pensil box direct terus ke saya (dan kena pulak tu) sebab dia bengang dengan saya (sakit pulak tu), ya saya tahu saya salah masa tu itu sebab saya tak balas dendam macam saya membalas sepakan Wong Zee Yoon sampai beliau menangis dan Freddy Hashim sebagai pereport rasmi kepada cikgu kerana Zee Yoon keluar kelas secara tiba-tiba sambil mengalir air mata akibat kesakitan.

fuh..

itu sangat panjang..

maaf kerana teringat kisah lama yang menarik. tambahan pula suasana hari guru yang melanda. kali terakhir menyambut hari guru adalah di sekolah menengah (duh!).

hello, abaikan segala hari guru sekolah menengah (yang saya tak pernah bagi apa-apa kepada cikgu sebab saya bukan murid kesayangan + saya memang murid derhaka).

tujuan saya menulis wording 'membaca amalan mulia' adalah kerana saya baru sahaja menghabiskan buku sophie kinsella (shopaholic siries itu tapi saya lompat terus ke shopaholic & sister dari the confession) itu pun hasil pinjaman dari mek na. thank you...thank you..

dan sekarang sedang berpuasa membaca buku kerana baru saja mengadjust masa tidur saya yang terganggu akibat membaca amalan mulia itu..

ya, membaca amalan mulia kerana bagi saya dengan membaca itu sangat memberi ilmu pengetahuan (melainkan membaca buku porno mungkin berguna di saat-saat malam pertama - er, mungkin perlu elak itu..playboy tak kira).

dengan membaca, saya dapat improve bahasa saya - saya juga dapat score gila-gila dalam matapelajaran bahasa melayu upsr, pmr dan spm. tapi dulu saya banyak membaca novel melayu, novel bahasa inggeris pun paling saya ingat adalah fear street saga yang sangat glemer time sekolah rendah dulu (setakat baca fear street saga sekali -serious cerita itu khusyuk tapi malangnya dipinjam kawan dan hilang - bahasa inggeris saya tidak hebat pun).

tapi itulah jika saya mula baca buku novel bahasa inggeris sejak kecil lagi, pastilah sekarang saya speaking london macam air (bluh blah blergh blergh hua..- err, contoh speaking macam air). apabila sekarang baru macam nak berjinak-jinak, sekarang jugalah saya mula rasa ada improve sikit (adalah 10% macam tu -uiih, 10% banyak tuu) tapi dengan improve yang 10% itu, memanglah tak banyak sebenarnya yang boleh di'improve'kan. so memang ada kesalahan tatabahasa yang terdapat pada penulisan saya dalam bahasa inggeris (boleh rujuk dan check dan beri markah pada post inggeris sebelum ini). erm, post bahasa rojak tidak diambil kira ya.

harus diakui bahawa adik saya nor amirah cakap inggeris macam air dan mungkin penulisan juga macam air (environment, bebeh. environment) saya ada rasa malu juga. mahu improve lebih lagi. perlu positive dan tambah ilmu dengan membaca cleo 10 kali seminggu atau baca the 100 a ranking of the most influential persons in history sebanyak satu kali dah cukup. dan hentikan bershopping baju (ada kena mengena sikit di situ).

er..ada motor trader atas kerusi (macam abah punya) perlu baca jugak ke?

No comments:

Post a Comment