Sunday, May 31, 2009

3 hari berjalan jalan..

apabila 3 hari kaki tanpa henti berjalan-jalan, bila sudah tidak jalan terasa sangat pelik dan malas mahu hidup..ohh! kalau kerja ku berjalan-jalan alangkah seronoknya! duit masuk dan badan pun ramping..

list perjalanan adalah seperti berikut:

hari pertama - pergi ke jakel membeli kain untuk hadiah bufdae supervisor kami (pergi bersama rakan-rakan lab). duit saya juge terbang sama kerana membeli kain indah yang sudah lama cari. tapi memang banyak kaen hebat cantik boleh buat baju kurung kain duyung tangan kembang. oh bestnye jika pandai menjahit baju.

hari kedua - keputusan drastik menonton wayang gambar berkumpulan dengan excitednya menempah tiket melalui telefon supaya tidak kehabisan seat. siapa belum tengok terminator salvation pergi tengok sekarang sangat best dowh cerita itu walaupun tidak faham the whole story apa saya pedulik sebab sound system sangat dasyat dan juga grafik gila hebat. pulang sambil makan besar di kedai lipas terbang.

hari ketiga - kaki masih gatal-gatal nak pergi berfoya-foya di tempat target. selepas menghantar mek na ke larkin singgah sebentar melihat metrojaya yang membentang banner 'blockbuster sale!'. memang melihat sale di mj sewonok. duit juga terbang kerana membeli sepasang santa barbara kaler oren (ada less 50% tak rugi and tak menyesal). juga masuk galeri seni konon macam nak beli sampah harga 3000rm. serius, plastik merah bungkus nasi lekat kat kain kanvas kaler-kaler sikit harganya 300rm. mahu beli? sila pergi ke danga city mall untk keterangan lanjut.

mungkin sangat bosan tiada gambar. apakan daya kamera tidak dibawa semasa melihat galeri. tak apa, gambar dari kamera orang lain akan di load kemudian.

sekian laporan untuk hari ini.

berita di sampaikan oleh -
si kaki jalan.

No comments:

Post a Comment