Sunday, May 31, 2009

tensi gila kalau waktu itu menyambar laju macam kilat!



second post for today apa saya peduli 10 post dalam sehari pun yang membazir adalah masa saya. bila besok dah bulan june, mula lah hati rasa tak tenteram, jiwa kacau dan otak serabut.
kehidupan mennjadi kucar-kacir suasana menjadi tegang dan wajah murung. kereta putih saya juga menjadi kotor dan tidak putih lagi (ditelan masa).

a samad said bolehlah ambil ayat tadi untuk idea puisi yang akan datang. (idola saya, oh ya boleh 'cite' nama saya jika perlu)

masih ingat semasa awal tahun (tidak sangka tahun ini sudah hampir separuh berlalu) mak tanya bila nak habis belajar ni? dengan muka penuh konfiden saya kata oh, mak tunggulah bulan 6 ni habis kot - dengan harapan konon boleh siap master 1 tahun setengah. ah itu semua gila dusta. manekan nak siap kalau methodologi asyik bertukar seperti tukar baju atas sebab tak tetap pendirian - padanlah muka you!

so sekarang macam mana nak kawen ni? (walaupun perkahwinan adalah second akhir dalam list - paling akhir adalah zuriat sendiri of course mesti kawen dulu baru berzuriat sendiri ok..) masih buat tak peduli tentang kerja lab yang tidak seronok itu. sangat bercita-cita mahu jadi sales executive supaya tidak perlu fikir tentang kerja lab dan dapatlah i searena dengan brian si mamat mikroskop yang muka ada sikit macam henry golding (angan-angan saja).

umur juga nak bertambah nih (bulan 4 july, siapa nak bagi hadiah, bolehlah beli dari sekarang. kalau dapat beg guess gila besar ada less 40% kat MJ sedap jugak - heh). di sudut hati kecil saya mahu jadi orang berjaya berpakaian smart membawa briefcase sambil bermuka confident tinggi. bawa pula kereta toyota vios kaler kelabu berkilat sambil pemandunya (i lah tu) memakai kaca mata hitam besar jenama gucci. oh ya meter kelajuan menunjukkan pemanduan 120 km sejam.

masuk kawasan rumah selepas menekan punat hijau di remote control pintu pagar rumah berkembar dua tingkat. masukkan kereta dengan penuh bergaya sambil memnaggil 'mak, i'm home! jom pergi shopping sekarang. i nak belikan mak beg Guess yang ada 40% discount kat MJ.' sambil jeling civic anak jiran sebelah ada ke tidak -er, mungkin beg guess 40% discount tidak akan dipandang. dengan memiliki seorang anak perempuan yang kaya dan berjaya mak akan pointkan beg Guess paling latest kat atas rak kaca tu....

cis, umur sudah 25 tahun. patut mampu beli itu semua kalau tahap iq tinggi macam saya nih. tsk..mahu berhenti berangan sekarang...

3 hari berjalan jalan..

apabila 3 hari kaki tanpa henti berjalan-jalan, bila sudah tidak jalan terasa sangat pelik dan malas mahu hidup..ohh! kalau kerja ku berjalan-jalan alangkah seronoknya! duit masuk dan badan pun ramping..

list perjalanan adalah seperti berikut:

hari pertama - pergi ke jakel membeli kain untuk hadiah bufdae supervisor kami (pergi bersama rakan-rakan lab). duit saya juge terbang sama kerana membeli kain indah yang sudah lama cari. tapi memang banyak kaen hebat cantik boleh buat baju kurung kain duyung tangan kembang. oh bestnye jika pandai menjahit baju.

hari kedua - keputusan drastik menonton wayang gambar berkumpulan dengan excitednya menempah tiket melalui telefon supaya tidak kehabisan seat. siapa belum tengok terminator salvation pergi tengok sekarang sangat best dowh cerita itu walaupun tidak faham the whole story apa saya pedulik sebab sound system sangat dasyat dan juga grafik gila hebat. pulang sambil makan besar di kedai lipas terbang.

hari ketiga - kaki masih gatal-gatal nak pergi berfoya-foya di tempat target. selepas menghantar mek na ke larkin singgah sebentar melihat metrojaya yang membentang banner 'blockbuster sale!'. memang melihat sale di mj sewonok. duit juga terbang kerana membeli sepasang santa barbara kaler oren (ada less 50% tak rugi and tak menyesal). juga masuk galeri seni konon macam nak beli sampah harga 3000rm. serius, plastik merah bungkus nasi lekat kat kain kanvas kaler-kaler sikit harganya 300rm. mahu beli? sila pergi ke danga city mall untk keterangan lanjut.

mungkin sangat bosan tiada gambar. apakan daya kamera tidak dibawa semasa melihat galeri. tak apa, gambar dari kamera orang lain akan di load kemudian.

sekian laporan untuk hari ini.

berita di sampaikan oleh -
si kaki jalan.

Friday, May 29, 2009

macam ini gayanya kalau sudah sakit..adoi!

bukan saya sorang je yang sakit ni rupanya.
ramai lagi ni yang sok sek sok sek..
demam saya juga sudah kebah oh kebah laalala..
sangat girang gila.. boleh jalan-jalan seluruh alam tanpa rasa ragu pening sakit kapala dan sebagainya..
sorilah rakan-rakan sekitar saya sakit memang dunia tidak ceria..haha..
respon yang diberi oleh saya pon ha and huu saje..so, usah kecik hati ye..
otak juga sebenarnya tidak fully recover makanya muka blur menghiasi wajah zurazura..kadang-kadang lambat pick up juge (pasti mekna sangat tensen bercakap dengan i)..
tapi running nose masih ade, batuk sikit-sikit (ape kamu-kamu orang ini doktor ke nak saya bagitau semua sakit?hah, gurau)..
oklah mahu berundur diri..
pasti update lagi selepas ini..oh sangat rindu blog di waktu sihat..

dah berhenti merepek sekrang!

Wednesday, May 27, 2009

toxic personalities




Here are the worst of the toxic personalities out there and how to spot them:

1. Manipulative Mary: These individuals are experts at manipulation tactics. Is a matter of fact, you may not even realize you have been manipulated until it is too late. These individuals figure out what your 'buttons' are, and push them to get what they want.

  • Why they are toxic: These people have a way of eating away at your belief system and self-esteem. They find ways to make you do things that you don't necessarily want to do and before you know it, you lose your sense of identity, your personal priorities and your ability to see the reality of the situation. The world all of a sudden becomes centered around their needs and their priorities.

2. Narcissistic Nancy: These people have an extreme sense of self-importance and believe that the world revolves around them. They are often not as sly as the Manipulative Marys of the world, but instead, tend to be a bit overt about getting their needs met. You often want to say to them "It isn't always about you."

  • Why they are toxic: They are solely focused on their needs, leaving your needs in the dust. You are left disappointed and unfulfilled. Further, they zap your energy by getting you to focus so much on them, that you have nothing left for yourself.

3. Debbie Downers: These people can't appreciate the positive in life. If you tell them that it is a beautiful day, they will tell you about the impending dreary forecast. If you tell them you aced a mid-term, they'll tell you about how difficult the final is going to be.

  • Why they are toxic: They take the joy out of everything. Your rosy outlook on life continues to get squashed with negativity. Before you know it, their negativity consumes you and you start looking at things with gray colored glasses yourself.

4. Judgmental Jims: When you see things as cute and quirky, they see things as strange and unattractive. If you find people's unique perspectives refreshing, they find them 'wrong'. If you like someone's eclectic taste, they find it 'disturbing' or 'bad'.

  • Why they are toxic: Judgmental people are much like Debbie Downers. In a world where freedom rings, judgment is sooo over. If the world was a homogeneous place, life would be pretty boring. Spending a lot of time with these types can inadvertently convert you into a judgmental person as well.

5. Dream Killing Keiths: Every time you have an idea, these people tell you why you can't do it. As you achieve, they try to pull you down. As you dream, they are the first to tell you it is impossible.

  • Why they are toxic: These people are stuck in what is instead of what could be. Further, these individuals eat away at your self-esteem and your belief in yourself. Progress and change can only occur from doing new things and innovating, dreaming the impossible and reaching for the stars.

6. Insincere Illissas: You never quite feel that these people are being sincere. You tell a funny story, they give you a polite laugh. You feel depressed and sad and they give you a 'there, there' type response. You tell them you are excited about something and you get a very ho-hum response.

  • Why they are toxic: People who aren't sincere or genuine build relationships on superficial criteria. This breeds shallow, meaningless relationships. When you are really in need of a friend, they won't be there. When you really need constructive criticism, they would rather tell you that you are great the way you are. When you need support, they would rather see you fail or make a fool of yourself.

7. Disrespectful Dannys: These people will say or do things at the most inappropriate times and in the most inappropriate ways. In essence, they are more subtle, grown up bullies. Maybe this person is a friend who you confided in and uses your secret against you. Maybe it is a family member who puts their busy-body nose into your affairs when it is none of their business. Or maybe, it is a colleague who says demeaning things to you.

  • Why they are toxic: These people have no sense of boundaries and don't respect your feelings or, for that matter, your privacy. These people will cause you to feel frustrated and disrespected.

8. Never Enough Nellies: You can never give enough to these people to make them happy. They take you for granted and have unrealistic expectations of you. They find ways to continually fault you and never take responsibility for anything themselves.

  • Why they are toxic: You will spend so much time trying to please them, that you will end up losing yourself in the process. They will require all of your time and energy, leaving you worn out and your own needs sacrificed.

*saya rasa saya macam ada kombinasi antara persona di atas. huh! teruklah macam ni..

vanue: pantai lido













siapa kata pantai lido tak cun heh?

Monday, May 25, 2009

lagi suka panggil selsema babi

apa yang menyebabkan saya berminat untuk mengambil tahu slsema babi sekarang adalah kerana

SAYA SEDANG SELSEMA dan bapaklah risaunya adakah saya turut dijangkiti.

dengan berianya saya surf internet dan cari info dan cek diri sendiri adakah saya mengalami simtom berikut:

The symptoms of swine flu in people are expected to be similar to the symptoms of regular human seasonal influenza and include fever, lethargy, lack of appetite and coughing. Some people with swine flu also have reported runny nose, sore throat, nausea, vomiting and diarrhea.

http://www.cdc.gov/h1n1flu/key_facts.htm

fever = ada sikit
lethargy = tak ada, mungkin ada pening sikit.
lack of appetite = sangat berselera bahkan sangat lapar
coughing = ya, ada
runny nose = ya, ada
sore throat = pun ada
nausea = nope
vomiting = nope
diarrhea = nope

4 out of nine..so tak delah kot. last time di tempat umum adalah dua hari berturut-turut di danga bay dan saya dapat tahu juga selsema babi ini tidak merebak di tempat terbuka. merebak melalui titisan air dan better untuk tidak ke conference (sebab tempat tertutup dan air liur bersepah-sepah -aktiviti bercakap sila faham). saya rasa saya tak main air liur orang lain (yek!)..

saya tahu sebenarnya sebab utama saya selsema macam nak gila. sebenarnya ini adalah simtom alergy sangat dasyat yang selalu saya kena apabila bermain dengan bobo dan teddy (kucing rumah yang dah di bagi ke orang lain). saya selsema kerana semalam saya bersama dengan adan;


sangat comel kan! selsema pun tak pelah..hee..

Sunday, May 24, 2009

vanue: danga bay









melayan sangap di waktu malam..

Friday, May 22, 2009

i am almost empty


almost empty:

you see things as positive or negative - and nothing in between. this means that you can cruise on and even keel - as long as things are going your way. when they don't your positivity gets a little bit wobbly. try to stop ricocheting from one emotion to the next. if something goes wrong, it's not a tragedy just a blip that you can't put right. learn this skill and you'll feel a whole lot calmer - and so with your life.

taken from cleo mei personality quiz

okay, memang ada betul sikit di situ. dan saya perlu tenang sikit ke? saya rasa saya adalah lebih tenang dari sitenang dugong itu. mungkin sikap saya yang pelik dan bermuka garang dan berlagak diva sepanjang masa di kalangan stranger adalah kerana saya adalah seorang yang almost empty. hmm...logik, mungkin logik di situ. what ever.

menjadi orang yang full glass (atau sangat positive bukan bentuk badan macam gelas) gila tak best pun sebenarnya. betapa positifnya seorang itu bila pencuri masuk rumah jiran sebelah pon boleh dikatanya

"sedara mara dia tuu" sambil selamba makan biskut cicah air teh.

dan mungkin juga akan memberi stranger masuk ke rumah kerana sangat percaya kepada jurujual aka pemukau atau perogol sebab dalam fikirannya ini orang baik berdasarkan tutur katanya yang sopan dan memukau jiwa.

okay, mungkin tak sampai ke tahap tu kot. people love positive thinker. they make people feel safe kan? like bila diabaikan oleh sv yang memberi olive oil dari greece kepada studentnya yang lain dan tidak kepada anda walaupun anda juga adalah studentnya (err, tak habis lagi ke?) pastilah si positive thinker ini akan menenangkan anda;

"buat prof sayang kat kau. publish paper bebanyak nanti sayangla dia. conform lepas ni dia bagi kau satu botol besar virgin olive oil dari greece sampai kau boleh buat mandi 3 hari 3 malam"

sungguh best mendengar dorongan dan galakan dari si positive thinker ini.

anyway,

biarlah saya almost empty pun! okay apa?

regards,
si almost empty..

Thursday, May 21, 2009

tidak ada penetapan hati


gambar lama (ada ke makcik cool macam ni main belon dalam ofis?kitorang je!)


hati tidak tetap bukan sebab mahu curang atau ape (kenapa ke situ pulak fikirnya heh?)
hati tidak tetap kerana tidak boleh menumpukan perhatian khusus kepada perkara yang sepatutnya dibuat. seperti membaca journal (muntah) dan mengupdate result, gila tak ada mood untuk buat itu semua. salah satu cara adalah dengan menyibuk tanya orang, si anu sudah siap ke? bila konvo? berapa banyak dah publish paper? gila memang sangat annoying terhadap diri sendiri (orang lain juga adalah pasti juge).

sebenarnya tujuan buat perkara annoying begitu adalah untuk menimbulkan semangat kepada diri sendiri. kononnya jika dapat tahu si anu sudah publish 3 journal dan salah satunya adalah international journal mana tak jealous doh! bila jealous perlulah untuk semangat-semangat terus cari result banyak-banyak konon nak publish paper juga kalau boleh 10 international journal. ergh, mana pergi tah 10 international journal jika sekian waktu tak ada MOOD nak buat semua itu.

memandangkan saya positive, saya pun fikir yang kita perlu berfoya-foya di waktu sekarang nanti kerja memang tak boleh tengok gossip girl sampai pagi. student bebeh, student-saya memang sangat nak menghargai detik-detik menjadi student yang hanya tinggal setahun dua ini (uih sangat lama).

however,

perlu juga untuk membahagi masa dengan betul (seperti nasihat cikgu kepada anak muridnya). mungkin saya kena berdoa ntuk tetapkan hati dan perasaan yang gila hanyut entah ke mana. hiburan adalah makanan utama, pastilah yang lagha-lagha itu menindas perkara-perkara yang mendatangkan faedah (seperti ustazah pula saya).

tapi separuh hati kata tak apa jika man-man pun. journal boleh dipublish lepas dapat result sebulan dua tiga empat lagi. master boleh dihabis setelah lab dah siap semua mungkin sebelum bulan 12 ini. tapi separuh lagi hati kata kalau boleh publish journal besok! kasi result ke sv dengan segera untuk impress beliau supaya saya boleh dapat minyak zaitun dari greece (dah terlambat) atu cepat-cepat habis labwork sebelum bulan 6 nih (ergh boleh ke?)

tinggal nak dengan tak nak je...

*i'm gonna miss this life.

Monday, May 18, 2009

membaca itu amalan mulia...




tajuk post adalah sama seperti wordings yang terdapat pada bilik darjah sekolah kebangsaan taman bukit maluri kelas 5A3 di bawah seliaan puan jafizah (atau cikgu kelas). kelas itu juga separa cantik dan saya duduk menghadap tingkap di hadapan seorang jejaka cina skema bernama Kwong Cheng Wai dan sebelah saya ialah Hanis dan berkawan rapat dengan Lim Hui Fang juga. saya ingat Cheng Wai duduk di depan saya kerana beliau pernah baling pensil box direct terus ke saya (dan kena pulak tu) sebab dia bengang dengan saya (sakit pulak tu), ya saya tahu saya salah masa tu itu sebab saya tak balas dendam macam saya membalas sepakan Wong Zee Yoon sampai beliau menangis dan Freddy Hashim sebagai pereport rasmi kepada cikgu kerana Zee Yoon keluar kelas secara tiba-tiba sambil mengalir air mata akibat kesakitan.

fuh..

itu sangat panjang..

maaf kerana teringat kisah lama yang menarik. tambahan pula suasana hari guru yang melanda. kali terakhir menyambut hari guru adalah di sekolah menengah (duh!).

hello, abaikan segala hari guru sekolah menengah (yang saya tak pernah bagi apa-apa kepada cikgu sebab saya bukan murid kesayangan + saya memang murid derhaka).

tujuan saya menulis wording 'membaca amalan mulia' adalah kerana saya baru sahaja menghabiskan buku sophie kinsella (shopaholic siries itu tapi saya lompat terus ke shopaholic & sister dari the confession) itu pun hasil pinjaman dari mek na. thank you...thank you..

dan sekarang sedang berpuasa membaca buku kerana baru saja mengadjust masa tidur saya yang terganggu akibat membaca amalan mulia itu..

ya, membaca amalan mulia kerana bagi saya dengan membaca itu sangat memberi ilmu pengetahuan (melainkan membaca buku porno mungkin berguna di saat-saat malam pertama - er, mungkin perlu elak itu..playboy tak kira).

dengan membaca, saya dapat improve bahasa saya - saya juga dapat score gila-gila dalam matapelajaran bahasa melayu upsr, pmr dan spm. tapi dulu saya banyak membaca novel melayu, novel bahasa inggeris pun paling saya ingat adalah fear street saga yang sangat glemer time sekolah rendah dulu (setakat baca fear street saga sekali -serious cerita itu khusyuk tapi malangnya dipinjam kawan dan hilang - bahasa inggeris saya tidak hebat pun).

tapi itulah jika saya mula baca buku novel bahasa inggeris sejak kecil lagi, pastilah sekarang saya speaking london macam air (bluh blah blergh blergh hua..- err, contoh speaking macam air). apabila sekarang baru macam nak berjinak-jinak, sekarang jugalah saya mula rasa ada improve sikit (adalah 10% macam tu -uiih, 10% banyak tuu) tapi dengan improve yang 10% itu, memanglah tak banyak sebenarnya yang boleh di'improve'kan. so memang ada kesalahan tatabahasa yang terdapat pada penulisan saya dalam bahasa inggeris (boleh rujuk dan check dan beri markah pada post inggeris sebelum ini). erm, post bahasa rojak tidak diambil kira ya.

harus diakui bahawa adik saya nor amirah cakap inggeris macam air dan mungkin penulisan juga macam air (environment, bebeh. environment) saya ada rasa malu juga. mahu improve lebih lagi. perlu positive dan tambah ilmu dengan membaca cleo 10 kali seminggu atau baca the 100 a ranking of the most influential persons in history sebanyak satu kali dah cukup. dan hentikan bershopping baju (ada kena mengena sikit di situ).

er..ada motor trader atas kerusi (macam abah punya) perlu baca jugak ke?

Tuesday, May 12, 2009

hey, upper east siders..



what?
berangan menjadi gossip sebentar tak boleh ke?
okay, memang tak boleh. saya bukan 'hot' untuk menjadi seorang gossip girl dan saya bukan berkawan dengan upper east siders. terimalah kenyataan. saya bukan kaya juga. mungkin lebih miskin dari jenny humphrey.

well,

crazy weeks, or months maybe.
i was babbling about gerard way, twilight saga, edward cullen..
i watched ugly betty, loads of movies and gossip girl (shit, mengapa ada serangga berterbangan di sini?). lihat betapa banyaknya masa saya untuk ini semua and yes, blogging.

but still,

everytime i watched, witnessed, read, felt or sensed something, i learned something from there. like children's story book, like 'the moral of the story is....'

i watched gossip girl yesterday, 5 episodes in a row, staying up until 3 (definitely i should learn something there so i don't feel guilty spending my free time -yang sepatutnya tidur atau membaca journal) - yes i learned something.

and i learned that people like Serena Van der Woodsen do exist in this world. they shine, they're sweet, they're beautiful, they can manipulate. people like them, people love them, people worship them. they have 'aura' -bukan mawi.

and if you are a manipulative person like Blair Warldorf, you don't want your best friend outshines you. you want to be equal, you want to be loved like your best friend be, you want to look good in your way and you want people to look at you too not just your bestfriend.

and if you are serena, if you are kind enough like serena (i can say she's kind) you'll do anything not to overshadowing her, you need to hold back so that your friend doesn't feel hurt. you will do anything for her to make her happy. yes, you are kind.

for me friendship like this needs a lot of effort. it's unequal. it's hard to maintain (luckily they are filthy rich!). honestly, if i have a best friend like Serena and i am Blair (perbandingan ye, bukan perasan) or vice versa, i would walk away. yes, maybe i'm afraid of that kind of friendship or maybe i am to malas to make an effort.

haha, that's why they made that story heh. so that you can see the drama there.

by the way, i like chuck bass (and the combination words of BASS hole and mother CHUCKer). yes he is evil but he's confident. i really need that, really (ok, takkan nak suka orang baik je kan)

enough already.

X.O.X.O
not a gossip girl

Monday, May 11, 2009

this whole pindah thing = crap!

okay,

first, it doesn't matter for me if i need to move out this thursday and move back in at the next block in the same college. sudah malas nak layan hal itu.

second, next semester, i want my friend to be my room mate so i need to write an official letter. i wrote it already, i went to THAT college already but it got rejected. overdue. should have send it before 10th. come on. one day overdue, masih mau kira ka?

third, my phone battery kong (ok, memang macam tak da kena mengena)

fourth, i should get a set of result today but that 'mesin yang canggih' got problem. i need to wait maybe one more week (i waited almost 2 weeks already)

fifth, i need to do my labwork now. saya pulang pukul 7 lah hari ni nampaknya.

hmm...

Sunday, May 10, 2009

spoil mood gua!

apa kes kena pindah randah ni?
ni la masalahnya kalau dok kolej ni. pindah sana, pindah sini.
apa ingat barang yang berlambak tu macam pindah segugus kunci ke?

saya tensen ni...
ergh!

Saturday, May 9, 2009

playing around with adobe



adobe bukan nama jiran sebelah..
apatah lagi rakan sebaya..
adobe adalah adobe photoshop..
tapi cubaan di atas dramatik kan?
woohoo, not bad for an amature..

my litle blue dress!



not the 7-year-old drawing

my childhood time was cool. way too cool than my life now. i really want to be a designer. i don't fancy fashion when i was a teenage girl, because i thought fashion was not that 'in' that time so i chose to be an architect or engineer perhaps when i grew up.

when these next top model, runway, fashion designing hit me through tv, i said damn, why I didn't pursue that dream, my childhood dream. at least i can become Hatta. at least.

yes, fashion designing is one of my dreams. my mom sews clothes. she also designs, not really designing but my mom used to have this clear holder with lots of modern baju kurung, kebaya and blouse for the customer to choose. i remember shoulder pads, fancy piping and complicated design with pleats and bubble sleeves dominating the fashion scene. The models were with over-sprayed hair and bright lipstick and eye shadow that matched their dress.

and i always saw my mom measuring people, taking notes with a design under those notes. i was also my mom's model when i was little and i wear a lot of my mom's handmade until now. they are super comfortable.

and i remember when i was in standard one, i designed clothes. in a small book (the one with 'exercise book' written in front) i designed many clothes and i put price on them. i showed to my friends and they can choose which clothes they want. i am like

"ya, nak baju yang mana? ok, yang ini harganya 30 ringgit. nak berapa? satu?" and i ticked on that item and put their names on it.

it was fun. the one that i remember the most is a blue dress with a pointed hemline (yes, i coloured them too) and i think it was the most hideous dress i've ever design (on that time) but still i had this one customer 'ordering' this piece. i giggled when i wrote her name down because she was a tomboyish kind of girl and she ordered the hideous blue dress. believe me, when i think about it, the design was not hideous at all. in fact, i think this pointed hemline were 'in' in some era that i can't remember.

see? singers told press that they sing since 5. of course, their teachers tought them to sing! baa baa black sheep, remember? but i design clothes since i was 7! and seriously, my mom wouldn't have asked me to become a doctor, a scientist, or an engineer (every mom's dream) if she knew the market of fashion designing right now.

so, i am 25. is it possible for me to become like bill keith with my zero experience and certificate? oh, i got a degree in biology does that count? :)

Friday, May 8, 2009

gila, i dont want to say good bye.

balik sekarang!

balik!

macam besok dah tak boleh online pulak. gila saya tak mau balik la, mahu buang masa di sini. matahari depan mata nak terbenam (this place is so nice, you can see the sun sets) saya tak mahu balikla!

first, because this place is not that scary.

second, i dont feel scared.

third, gila internet sini apesal laju cam nak mampos ni?

kalau di bilik post grad atas, 1900 hrs perlu bungkus. kalau boleh sebelum tu dah bungkus, cabut balik bilik.

tapi sini okay, sini cerah, sini ada guard, sini hantu kurang sikit. jadi saya tidak takut, saya positif, kalau ada yang bagi salam, saya tahu itu siapa saya tahu itu manusia bukan hantu. but both places are okay. i like both. post grad room ada tetraneon, guppy dan zebra(fish) - bukan zoo tapi bilik post grad - oh, and an unknown yellow fish. ape jadah tah nama dia (cis, bahasa kurang sopan apakah ni? mungkin terpengaruh dengan blog bahasa cam harem! -oh, sorry again). ada air cond tersendiri, sejuk adalah pasti. tempat yang selesa dan digemari ramai. cuma ya, bila malam menjelma tempat scary macam dalam keliwon.

tapi view macam ni memang teruja. seriously, ada yang lagi cun dari ini.



balik sekarang! hari dah nak malam..

vanue: masjid sultan abu bakar










terasa solehah gila pergi masjid solat isyak, heh.

Tuesday, May 5, 2009

ehem..vesting..vesting..

sudah lama saya kepengen ini:











jadi apabila saya ingin membeli atau cuba, acu, try dan test sesuatu adalah penting untuk bertanya kepada pihak ke dua, ke tiga ke empat mahupun kelima jika perlu.

pihak pertama (adalah saya):
isk, cantik la pulak kalau aku memakai vest ini kerana boleh menutup perut ku yang er, tak berapa kempis ini. juga boleh menambah 'spice' kepada t shirt ku yang sugul ini.

pihak kedua (encik boifren):
macam pak guard je (muke toye)..

pihak ketiga (rakan sebaya):
kau tak rasa macam cashier kat jusco ke? (kerut kening)

pihak keempat (rakan sebaya):
saya pun nak jugaklah vest ada ke vest lelaki?(muka excited) ----->jawapan paling digemari

jadi dari pandangan pihak-pihak yang berkaitan, saya terus rasa nak marah orang yang mencipta vest untuk pak guard dan cashier jusco. vest bagi saya sangat chick (anak ayam) tapi kenapa pak guard dan cashier jusco dapat peluang bergaya dengan vest..


saya tak nampak nicky hilton ini seperti pekerja jusco atau mak guard pon...


ada sesiapa boleh story sikit?

Saturday, May 2, 2009

nak bagi apa kat majlis kahwen orang ek?

cantik? germesonline.com


ye, umur sedang masak-masak ranum nih (erk, lagi?) rakan sebaya dan tidak sebaya juga dalam lingkungan umur begitu. jadi banyaklah jemputan perkahwinan akan saya terima nanti. sekarang ni pun boleh kata semakin nak rancak. dan sekarang juga kalau pergi ke majlis perkahwinan rakan tadika, sekolah, matriks atau uni (atau kenal di PLKN pun boleh consider jugak - ok, saya tidak join PLKN, bukan zaman saya) dah mane nak pergi ngan abah dan emak dah. mungkin kalau abah dan emak itu kenal dengan abah dan emak rakan yang menjemput ke majlis kahwin tu bolehla prgi ngan parents sekali..

the point is;

kalau sudah namanya pergi dengan member lain yang single atau member lain yang sudah bertunang atau berlaki (itu dia ikut tunang and laki dialah! takkan kita-kita ini mahu ngendeng kot) mestilah kena bawak hadiah ye tak? personally, saya suka je beli hadiah kat jusco (mana lagi?) dan saya takkan beli pinggan mangkuk kaca cawan piring terbang dan segala bagai (last time beli untuk bakal kakak ipar). saya rasa pengantin mesti muntah tengok banyak sangat mangkok! kalau boleh buat berniaga pun ok juge.

saya ada trend baru (atau sudah lama), saya belikan je cadar sebab boleh tukar-rukar, senang nak simpan sumbat je dalam almari yang pasti biarlah cadar itu cantik sedap mata memandang, sesuai untuk tema alam perkahwinan, nak gamba sepender baju dalam pun boleh kalau tak tau segan laa. tapi ye, sebagai hadiah personal boleh la kot sebab murah. nak beli comforter, ehem, kawan-kawan, saya tak mampu le..

tapi, takkan sepanjang hayat nak kasi bed sheet ek? ape benda lagi yang booleh dibagi ke pengantin nih? saya pernh bagi frame gambar ( ok, dengan harapan frame itu boleh letak gambar laki bini kat tepi katil, comel ye dari teddy tales lagi, dah macam english style bilik korang nih heh), hadiah paling teruk pun saya pernah bagi sebab tak sempat nak bagitau member lain untuk kongsi hadiah dan member tersebut juga macam hidup segan mati tak mahu untuk kongsi hadiah dengan saya, maka dengan budget yang cukup rendah, saya beli juga hadiah sebab tak mahu datang dengan tangan kosong. nak kasi duit hulur (duit poket atau ape ek?) macam makcik-makcik pun ada juga tapi tak syiok aa orang lain nampak ekslusif gile pegang hadiah biarlah kecik pun asal hati ikhlas mendoakan kebahagiaan mereka. saya pun belila kain lap kaki nampak macam buruk tapi kan berguna juga? murah je pun. (ok, nak kutuk, kutuklah!orang ini bukan kenalan rapat, kasi rag buruk yang DIBELI bukan dicuri atau diambil dari rumah asal hati ikhlas pun boleh kan?) dan bile barang murah, saya segan pulak nak letak nama (hah, kantoi dah saya).

jadi selain dari barang dapur (yang saya pasti mesti pengantin pernah dapat periuk nasi sampai dua, set pinggan mangkuk sampai 8, belum tambah lagi dengan coffee maker sampai 3 dan segala macam lagi) apa lagi yang boleh diberi pada pengantin ek?

kasi idea sikit?

*ikea pasti banyak barang murah dan cantik dan unik (walau hanya sebijik sudip). mane saya nak korek ikea kat sini? hmm, kena beli hadiah kahwen secara bundle nih kat ikea nih. senarai..senarai..mulan kawen, mizah kawen, tikah kawen, dina kawen..bla..bla..bla...

Friday, May 1, 2009

sampai bertemu jodoh

umur 25 tahun sudah dikira sebagai umur dah masak-masak ranum untuk kahwin (cewah, ada tokoh menjadi seorang penulis artikel?).

tapi,

jikalau makcik-makcik dan aunty-aunty sekalian mempunyai anak perempuan yang berumur 25 tahun ke atas (atau ke bawah, atau tak kisahlah umur berapa pun), usahlah makcik-makcik sekalian memaksa, mahupun bertanya secara paksa, atau menyoal secara paksa (dan seadik-beradik dengannya) mengenai isu-isu perkahwinan (gila arh dan macam artikel dalam majalah kahwen dah ni!). ini adalah kerana, jika anak tersebut mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

a) sudah mempunyai boyfriend dekat 10 tahun tapi masih di takat itu juga tidak gerak-gerak
b) baru saja mempunyai boyfriend adalah dekat sebulan dua gitu
c) masih belum mempunyai boyfriend
d) baru putus tunang, atau baru bercerai (kes lain)

makanya, soalan seperti itu adalah tidak berhak untuk ditanya malah, jika ditanya pasti mengundang seribu satu hangin di dalam badan dan serabut di kepala otak si gadis tersebut. sama ada si gadis akan memaksa pula si boyfriend yang baru kenal atau sudah lama kenal (bagi kes a dan b) untuk lekas-lekas masuk meminang - ini akan mengundang kepada kes-kes seperti menjadi perempuan desperate atau lebih teruk akan ditinggalkan kekasih kerana tekanan persekitaran. bagi kes c pula, hati si gadis akan berdegup kencang apabila si emak-emak ini akan mengintai mana-mana jejaka untuk dijadikan pasangan anak perempuan mereka itu.

ok, relaks la makcik. makcik ingat anak makcik tu tak nak kahwen ke? semua orang nak kawen, tapi di dalam arus kemodenan sekarang, umur berkahwen dah meningkat ke 28 tahun (ok, ini saya reka) tapi makcik nampak pointnya kan? dulu bolehla makcik kahwen umur 18 tahun, nenek piah kat belakang rumah sana pun kahwen umur 12 tahun. tapi kami moden makcik (ceh, kami pulak, saya ni terasa ke?) anak makcik bekerjaya, mungkin belajar pun tak habis lagi. macam mana nak kahwin? kahwin bukan sehari dua makcik.

lagi satu makcik oi,

kalau anak jiran sebelah dapat kahwin umur masak-masak ranum tu, dengan doktor pulak tu, gaji besar pulak tu, tak payahlah nak rasa tercabar atau kecik hati sebab anak jirang sebelah lebih bahagia dan cepat temu jodoh. anak makcik pun akan temu jodoh juge. cuma sabarlah. adalah tu kekangan yang membuatkan anak makcik tak kahwin lagi. anak makcik mungkin nak habis belajar dulu. ada yang nak kumpul 10 juta baru nak kahwin. ada juga nak jadi GM dulu baru nak kahwin. itu hak anak makcik la, makcik tak boleh paksa. jodoh kan di tangan Tuhan. makcik tak payah kecoh la. tensen anak makcik, takkan nak suruh anak teruna orang lain makan megi kerja separuh mati atau mati terus sebab nak minang anak makcik ni? dahla makcik mintak duit hantara macam siti nurhaliza. kalau boleh kasi ong sikit rm 88,888.88. nak cari 88,888.88 sepuluh tahun kerja pun belum tentu boyfriend si anak tu boleh nak masuk minang anak makcik (lainla kalau di datuk K makcik oi..)

kalau anak makcik takda boyfriend tu, takpelah makcik. tak payah risau-risau. nanti adalah tu boyfriendnya, nanti tunjuklah tu kat makcik. lainlah kalau anak makcik suruh carikan, itu lain cerita lah makcik, makcik boleh jadi tyra banks tapis-tapis, eliminate mana-mana model yang datang interview untuk jadi menantu makcik. nanti adalah tu jodohnya.

kalau anak dah ada boyfriend tu, bila bawak balik tunjuk ke makcik, makcik jangan la strict sangat tak suka moncong sedepa sebab bakal menantu tak hensem macam edward cullen. edward cullen tu vampire, bolehlah dia hensem. dia ni manusia biasa je, apa salahnya kalau dia ahli musik.. takpelah kalau dia bukan mejestret atau doktor pun. asalkan ada harta nak kasi makan anak makcik sampai tua. kalau dia kaki pompuan, baru makcik reject. kaki dadah pon makcik boleh reject. kaki judi pun makcik boleh reject jugak.

e'eh dah petang ni..

makcik, saya balik dululah ye, mane elok anak dara balik time-time maghrib ni...