Monday, April 20, 2009

the mother of ikan




































i rushed back to johore today and i feel so syiok driving while singing out loud macam nak terkeluar anak tekak sambil batuk-batuk minum dadah berjenama nescaffe.

boleh pulak sampai dekat lab bebudaks ini membawa saya membeli-belah ikan guppy dan zebra fish untuk letak dalam akuarium baru besar gabak siap ada oksigen air mengalir batu daun dan segala bagai. baru 4 hari saya belah dari sini terus berlaku bermacam-macam jenis transformasi isk, mereka ini..bilik post grad sangat cun sekarang dengan ada akuarium cun..saya terpaksa rasa sedeh seket sebab sebagai perintis, pastilah akuarium balang kueh saya sudah tidak dipedulikan lagi..huhu...

tapi saya memang sangat suka dengan akuarium yang bebudak ni beli, siap ada oksigen kecek-kecek bunyinye begitu ye bukan bunyi ikan.

semua ikan baru dan ikan lama disatukan dalam akuarium cun yang satu ni. saya ada juga beli ikan bunting sekor nak tengok mamat jual ikan kat kedai ikan tu tipu ke tak. saya pun letak kat dalam balang terbiar sambil dihiasi dengan pokok keembong yang dicuri di tasik varsiti. dan si betina bunting ni pulak macam resah tah sebab balang tu sempit ke, akar keembong tu besar sangat ke atau jeles tengok ikan-ikan lain dalam akuarium lawa sabarlah wahai ikan betina yang bunting, lepas habis due nanti ku akan pindahkan ke akuarium besar yee...

topik ikan adalah topik utama di bilik post grad hari ini (mengatasi topik cerita wayang paling hangat dan weh ko ada cerita apa bagi aku sekarang atau er, cerita itu best ke? macam nak nangis tak? pelakon itu kacak tak? hebat dam dam dum tak sound system? ada subtitle tak? wujud tak lelaki macam tu dalam dunia ini?edward cullen sangat hensem dowh!.........dan sebagainya)

well, benda lagha memang sangat senang nak hanyut..

bila pulak nak buat kerja berfaedah mengupdate result (bukan update blog) supaya senang hati para supervisors ku ini?

bersama-samalah kita nantikan..

ps: maaflah dengan kamera 0.5 megapixel ku ini. gamba macam blur giler hanya taik ikan je yang nampak..tapi still boleh nampak kan?ibu ikan dan ikan lain di akuarium cantik..

3 comments:

  1. Jue-a! Ko ingat tak kiter dulu bela berudu dlm botol? hehehehe... sampai tumbuh kaki kan~~~

    ReplyDelete
  2. ha'ahla azza..
    seriously itu kenangan paling indah ok..(ibu ikan tu dah beranak, anak dia sebijik macam berudu kita dulu n aku pn cerita kat bebudak ni pasal kita pernah tangkap berudu and bela sampai tumbuh kaki..ahaks!)

    ReplyDelete
  3. Aku miss laa kat ko ajue~~
    Lama jugaklaa aku tak jumpa ko~~

    ReplyDelete