Monday, April 6, 2009

macam-macam yang saya nak

setelah lebih kurang hampir satu tahun setengah saya struggle ke sana ke mari..
dari naik motor ke kereta cantik..
dari bawah fakulti ke atas fakulti..
dan sudah banyak barang saya beli untuk kemudahan diri seperti baju yang lawa bagi memuaskan hati apabila sedang amuk sebab eksperimen tidak jadi..
beli pula kasut bertambun-tambun sampai kotak kasut susun boleh capai takat pinggang (pinggang je, bukan kepala pun)
beli pula seluar supaya selesa untuk bergerak ke sana ke mari..


tapi ,

masih terasa susah juga..tidak seronok pun ada..

langkah yang diambil oleh rakan-rakan sebaya yang lain memang sangat mengagumkan. mereka datang lab sesuka hati apabila perlu untuk datang lab.
sebab mereka ada kemudahan.
saya mula jeles jadi saya pun nak kemudahan itu..

saya nak broadband dan printer sekarang jugak..!

rupanya baru saya tahu yang dua ketul item itu sangat penting selain notebook..
sebenarnya memang lebih penting dari baju baru pun...
lebih penting dari kasut baru..
lebih penting dari jeans padini yang saya nak beli tapi tak beli-beli sebab pikir 100 kali..

dan lebih penting dari menikmati suasana pantai di desaru (ada kena-mengena ke ni?)

tambah pulak iklan maxis broadband ini saangat menarik perhatian!!


weiii, apa hal lak ada gamba cantik-cantik kat usb modem tuuuu...
ni yang rasa sangat mahu dan ingin ni.
tapi memandangkan saya seorang yang 'wise' ;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;; (sori, ada kuah megi terlekat kat papan kekuci ; sedang cuba bersihkan) saya cuba surf mana yang lebih baik..encik boifren suruh saya guna perkhidmatan internet yang dia guna (tak ingat nama sebab tak berapa glemer). saya terfikir nak guna celcom jua tapi macam mahal kena bayar modem sampai 400rm (yeke?)..dan saya juga pernah dengar kawan saya kamini kata line maxis macam tak bagus di kolej saya (dia pernah cuba). tapi budak-budak lab pulak kata maxis sangat superpower, celcom macam lambat dah sekarang sebab student sekarang macam ramai pakai celcom..

jadi bisikan syaitan mana yang harus saya dengar?

mengenai printer pula..

saya pernah dan kadang-kadang guna juga printer kak sam di bilik post grad - hp 1006 laserjet. huih, sangat canggih dan best tahu! saya selalu juga terkebil-kebil sambil mulut terkumat-kamit memuji kecanggihan printer laser jet di depan mata itu. maklumlah, printer di rumah mahupun di office bawah tak ada keluar asap lepas print, tak panas macam muffin baru keluar oven dan agak lambat memberi respon respek dan rileks.

sangat teruja..

macam nak beli jugak printer yang sebijik macam tu..sekarang juga!

jadi, bila dah ada kemudahan seperti printer dan internet hak milik diri sendiri, saya pun boleh mencari journal untuk rujukan supaya saya boleh isi borang FRGS yang due date nye minggu ini. saya juga boleh progress dua kali ganda kuasa kuda apabila saya boleh mencari maklumat dengan lebih effektif tanpa ada kekangan tempat dan masa.

saya juga boleh update blog selalu..

ok tujuan itu adalaaa sikit-sikit..tapi you all get the point right?
hmm, memang perlu untuk ada dua ketul barang itu..

kena cari sekarang nih...

2 comments:

  1. ok sila beli usb-modem-maxis-gambar-perempuan-sexy itu. sbb aku dah beli 2hari yg lepas, ia sangat kool dan cantik. ia sngt murah dan berpatutan ;D

    ReplyDelete
  2. yeke mama?
    aku akan segera mencarinya jika berpeluang ke pc fair this week..hehe..thanks yee...:)

    ReplyDelete