Wednesday, April 8, 2009

huuuaaaarrrghh!


boleh bayangkan menguap besar seperti kucing comel menguap. mengantuk yang amat sangat sehingga menjilat jari kerana semalam buat pertama kali dalam seumur hidup (berkemungkinan yang terakhir) saya merisikokan diri untk menonton fast and the furious 4 midnight movie. ergh! apakah yang saya fikirkan ini, mengapa waktu saya hendak tonton wayang, orang ramai macam hapa. wahai mereka-mereka, mereka-mereka tak rumah ke nak duduk sambil tengok tv?

sebelum ini pun beratur panjang, dan semalam juga beratur panjang untuk membeli tiket wayang. selalunya jika barisan adalah sangat panjang, memang saya akan membuat keputusan terbaik untuk tidak menonton apa-apa rancangan hebat di situ. saya rela habis duit untuk beli baju baru.

tapi memandangkan itu saja tujuan utama, maka itulah yang akan dikabulkan dulu. siri beratur panjang berterusan berdasarkan senarai berikut;

  1. beratur panjang untuk membeli tiket wayang. masa yang terbuang adalah lebih kurang 45 minit.
  2. beratur panjang untuk masuk ke panggung wayang. masa yang terbuang lebih kurang 15 minit (tak termasuk beli set popcorn kombo nombor 1). tapi tak beli pun sebab akan tambah masa beratur.
  3. beratur panjang untuk keluar dari panggung. mengambil keputusan untuk tunggu sambil menonton nama-nama tenaga produksi yang terlibat dalam menjayakan cerita terbabit sambil dengar soundtract movie tersebut yang best. masa yang diperlukan lebih kurang 15 minit juga.
  4. beratur panjang untuk bayar parking ticket yang juga mengambil masa lebih kurang 15 minit sebab kaunter pembayaran tiket hanya ada satu dan saya pun tak faham tidak wujudkah autopay station kat sini? ergh!
pulang dengan perasaan yang sangat mengantuk sambil mempraktikkan aksi drag and drift yang baru dipelajari.

jadi serious macam lepas ni no more midnight movies untuk saya. lepas balik konfom terus tidur tak sempat nak extract cerita yang ditonton. pagi tadi bangun rasa macam tengok movie dalam mimpi. rasa macam

"eh, semalam tengok movie betul-betul ke mimpi?"

jadi enough midnight movie untuk saya. nasib baik juga pak guard yang baik jaga pintu pagar. memandangkan saya yang macho berseorangan drive balik around 2.30 pagi 2 soalan je dia tanya;

"dari mana?"
"er, dari luar"
"yela luar dari mana?"
"er sebenarnya saya dari kl" muka kesian, konon penat mengantuk kalau tanya banyak pasti tertidur terus kat situ.
"ok" sambil tunjuk signal teruskan perjalanan anda.

pelik juga sebab tak perlu show off kad metrik untuk discan. terima kasih pak cik kerana memahami isi hati saya (yang saya tahu pakcik itu tahu saya bukan dari kl sebenarnya).

anyway, fast and the furious memang best. orang yang ada sakit jantung tak boleh tengok, rasa macam naik rollercoaster (serious tak tipu) and rasa sangat puas hati sound system baeeek...

No comments:

Post a Comment