Sunday, March 29, 2009

chocolate cheesecake


saya mahu makan . . . . . .









chocolate cheesecake yang sedap..
siapa mahu belanja?

Saturday, March 28, 2009

purchase untuk bulan ini





setelah sekian lama tidak mengaktifkan diri membeli belah kini tibalah masanya saya cuba untuk memanjakan diri dengan pergi ke pesta konvo yang giat dijalankan di kampus saya ini (hmm, macam laporan tahunan seperti biasa). anyway sebelum ini pon dah pergi ke jusco (jusco adalah rumah kedua saya) di permas jaya sebab ada j card day di sana. tapi saya tak beli apa pun sebab ramai tersangat ramai manusia di sana saya tidak ada mood untuk berebut baju seperti berebut ikan yang baru naik darat di pasar tani di kampung simpang tiga pasir (ikan kembong masak asam pedas atau masak lemak cili api bermain di minda).

tapi mem'purchase' juga Eau de toilette moroccon rose dari body shop yang terkenal dengan penjualan barang-barangan badan (semestinyalah itu sebab di panggil body shop). salesgirl yang cun itu pula dengan selamba mempromote saya itu ini supaya saya 'overspent' dan memang taktik beliau berjaya, dengan selamba juga saya beli 2 botol edt kecil, white musk dan rose something saya lupa dengan harga rm9 sebotol (sebab 3rd purchase boleh dapat 50% discount) so kira sendiri malas nak describe. tapi siriesly moroccon rose memang EDT yang hebat kerana buat kedua kalinya saya membeli EDT atau EDP dengan betul mengikut kesesuaian deria bau hidung saya (pertama kali adalah bila saya minta adik saya belikan kenzo-itu adalah dalam katogori 'my favourite EDT'). selalunya selepas beli EDT atau EDP sembur pada tangan baju pada esok harinya dengan semangat end up pening sampai petang. jadi festival perbelanjaan awal bulan duit poket zura-zura berjalan lancar dengan pembelian EDT yang sangat memuaskan hati.

di pesta konvo;

seperti biasa dan tahun-tahun sebelumnya, banyak benda sama yang dijual di situ (oh peniaga di mana variasi anda?) saya agak tertekan juga hendak membeli baju kurung rm35 yang cantik pasti teringat pada emak di rumah berkata

"Anak tukang jahit tak perlu beli baju kat luar 35rm"

Jika difikirkan secara lojik dan bernas jika beli kain pasang pon baru 25rm atau 3 pasang 50rm (sebab sekarang macam sudah dewasa saya juga consider kain pasang berharga 100rm, itu pun sewaktu hari raya aidilfitri) hantar ke tukang jahit (iaitu emak saya) dengan percuma. memang sangat berbaloi pon. lebih berbaloi jika boleh jahit sendiri kerana hendak tunggu emak jahitkan baju kurung vogue saya mengambil masa berbulan-bulan dan boleh mencapai bertahun-tahun lamanya (unfortunately saya tak pandai menjahit-macam perlu belajar). tapi sesiapa yang ingin menempah baju kurung kepada emak saya yang memang sangat sedap dipakai macam taknak cabut-cabut dah (macam kes kasut clarks) bolehlah menempahnya. jangan risau, baju-baju pelanggan pasti akan disiapkan mengikut waktu (jika title adalah anak tukang jahit maka memang lambatlah baju itu akan disiapkan kerana tukang jahit mengutamakan pelanggan dari ahli keluarga sendiri).

sementelaah itu;

saya berjaya juga beli sesuatu di pesta konvo selain dari rojak asma (serious, rojak asma di sini memang sedap). topi besar buat perlindungan muka yang cantik dan putih (boleh muntah, saya memang perasan) telah menjadi milik saya dengan harapan saya boleh berlagak foreigner apabila berjalan di sekitar danga bay (semestinya saya mengharapkan danga bay panas terik supaya boleh show off topi murah dari pesta konvo dan spek mata hitam vincci yang bakal dibeli nanti). tapi itu hanya cita-cita sahaja sebab saya bukan foreigner dan takan suka hati berlagak gila memakai topi besar spek mata besar dan pario ikat separa bogel berjalan-jalan di danga bay..saya TAKKAN buat perkara itu ya..

saya rasa saya perlu berhenti berceloteh di sini kerana petang kian beransur petang (perlu buat lab dengan segera)

semalam tengok ugly betty sampai pagi. berbaloi..sangat berbaloi...hehehe

Friday, March 27, 2009

saya pencinta bumi



saya tidak ada bukti untuk menunjukkan saya pencinta bumi..
tapi saya boleh buktikan anda satu - saya adalah ex pelajar jurusan biology yang subjek majornya kebanyakan adalah mengenai bumi..

  • biology pemuliharaan (belajar apa yang patut dipulihara dan bagaimana untuk memulihara)
  • entomology (bagi yang tidak tahu apa maksudnya - study mengenai serangga)
  • ekologi terestrial (ekologi tanah darat)
  • ekologi samudera (ekologi laut)

dan sebagainya jika saya senaraikan lebih panjang anda terpaksa menguap sampai pengsan macam nak shut down komputer.

namun, ini menunjukkan bahawa saya juga mengambil berat tentang 'our mother earth'. saya suka plastic bag jusco sebab ia adalah biodegradable (dan semestinya apabila saya letakkan plastik jusco bawah katil lebih kurang seahun kemudian bila nak pakai balik, saya akan temui serpihan-serpihan plastik. pada masa itu saya sangat, terlalu, amat kagum macam waaa plastik ini boleh degrade sendiri mari gunakan banyak plastik jusco.. that's nice) dan saya akan kata "tak payah plastiklah!" untuk kedai yang suka bagi plastik merah yang digemari oleh macaca facicularis mengejar budak perempuan yang membawa plastik merah sambil terjerit-jerit sebab plastik merah=makanan. saya rasa saya mampu untuk membantu mengurangkan beban mother earth nak degrade plastik.

saya juga switch off main power button and even the socket dalam bilik saya apabila keluar ke fakulti..(oh my deary mother earth, anda boleh kagum dengan usaha saya..)

saya pun pernah terfikir untuk tidak menggunakan polisterin sebagai bekas makanan saya tapi apa nak buat kalau saya seorang, saya perlu bungkus makanan saya. tapi sebenarnya pakai bekas tupperware pon boleh untuk tapau makanan tersebut (tapi saya malu nak bawa bekas makanan plastik itu ke cafe sebab saya terasa serperti makcik pulak, saya tahu saya tak patut berfikiran demikian.) tapi saya akan usaha untuk kurangkan penggunaan polisterin kalau boleh..(kalau boleh ye rakan-rakan..lepas ni jangan nak mengada-ngada kata oi, tu kau gune polisterin over giler tulis kat blog tak gune polisterin konon..)

saya juga cuba mengasingkan sampah yang mana satu kertas, yang mana satu plastik, yang mana satu kaca dan yang mana satu er..apa lagi satu? yeah, saya sudah fail..namun, kalau boleh saya asingkan, saya asingkan (tapi selalunya perkara ini perlu effort yang lebih dan semestinya menyebabkan saya malas).

tapi saya tetap berusaha...

jadi besok, saya rasa saya akan menutup lampu bilik saya (er, lampu sajakan? kipas, komputer semua still boleh on kan?) kerana itu tidak memerlukan effort yang besar dan semestinya menunjukkan saya menyokong earth hour..

so guys;

THIS SATURDAY 28 MARCH AT 8.30PM YOU CAN VOTE EARTH BY SWITCHING OFF YOUR LIGHTS FOR ONE HOUR - EARTH HOUR.

mari tolong 'mother earth' kita. bukannya susah pun.

:)

Wednesday, March 25, 2009

"speechless" di tengah-tengah penceritaan



pernah tak satu ketika apabila ingin bercerita, cerita anda akan stuck di tengah jalan disebabkan oleh tidak ada perkataan yang sesuai untuk mendescribekan sesuatu bagi memenarikkan lagi kesah cereka mahupun tidak cereka anda? pernahkah?

pernahkah anda dicop sebagai seorang yang tidak pandai bercerita langsung sedangkan anda memang sangat teringin untuk bercerita tapi cerita juga namun asyik menggunakan perkataan yang sama berulang-ulang kali..? pernahkah?

jika saya mengeluarkan soalan sebegitu bermakna MUNGKIN saya pernah. ok memang pernah pun..

tapi orang lain tidak pernahlah mengecop saya sebagai orang yang tidak pandai bercerita sebab saya tahu mereka semua pandai menjaga hati saya (terharu sekejap). namun saya tetap rasa diri saya tidak pandai bercerita berdasarkan memek muka yang diberikan oleh tukang dengar cerita (ada kerut-kerut sikit -menandakan tak faham apa yang ingin saya sampaikan..ada juga yang macam sangap - itu memang over cerita saya tahap bosan nak pengsan, dan ada yang memalingkan muka terus - itu tahap tidak menjaga hati langsung..heh). saya tidak kecik hati pun sebab saya akui saya tidak pandai bercerita..

dan saya rasa saya kurang vocabulary bahasa melayu apatah lagi bahasa inggeris dan terus ulang perkataan yang sama (eg: mamat itu sangat hensem! hensem gila macam nak pengsan memang kesimpulannya hensem lah!). saya rasa saya boleh tukar perkataan 'hensem' itu dengan perkataan lain seperti kacak macam tom cruise tapi gagah macam pelakon yang jadi batman, muka bersegi macam pelakon yang jadi goku tuu atau bergaya tapi berjambang geli-geli macam brat pitt satu masa dulu. dari situ, kalau sayalah si tukang dengar cerita, semestinyalah saya boleh imagine oh mamat ini hensem sedemikian rupa (gabungan pelakon batman, goku, brat pitt dan tom cruise erk, hensem ke macam tu oi?). bukan hanya hensem 'hensem' saja...(ini hanya perumpaan, encik boifren sila jangan over terasa kecik hati merajuk ku mahu dipujuk dan sebagainya).

jika vocabulary bahasa melayu pun saya sudah fail apatah lagi bahasa inggeris yang saya terpaksa petik-petik jari konon nak ingat erm, ape erk word tu alaaa, app something..app something ingat balik macam pernah dengar je word tu..yeah apocalipse? bukan! application? tak...pendek je perkataan tuuu..haaa APPLE! (haa, sangat poyo...)

di akhir cerita, saya mula rasa kecewa sebab apa yang saya nak sampaikan tidak dapat disampaikan dengan baik sebab 'speechless' di tengah-tengah penceritaan yang best macam cerita juno. (juno cerita dia pasal sorang budak ni tiba-tiba dapat tahu yang dia pregnant and then memula igat dia nak buat abortion tapi tak jadi sebab su chen kate er, su chen tu kawan dia laa dia kata yang baby has fingernails..dan dia pun decide untuk adoptkan anak dia kat sorang couple ni. dia beranak, dia pon bagila baby boy dia kat couple tu tapi si husband macam tak dapat terima baby tu dia pun meninggalkan wife tu sorang untuk jaga baby tu) ---ok, boleh kerut-kerut sikit, boleh sangap dan boleh berpaling muka jika mahu. itu lah gaya saya bercerita macam bosan nak pengsan ni.

sudah, lagi banyak bercerita lagi sangap saya.

sekian terima kasih..

-saya ada seorang pencerita hebat masa sekolah dulu. namanya amy. seriesly, kaau beliau bercerita mata si pendengar cerita takkan berkelip walau sekali macam kalau mata kelip satu kali boleh lost satu cerita..


Tuesday, March 24, 2009

dari selatan ke utara..



gambar di atas tidak bermaksud saya dalam perjalanan yang indah lagi awan bak gula-gula kapas semata-mata untuk meng'capture' gambar lembu. itu adalah cerita lain..

jumaat yang lalu emak saya menelefon saya memberitahu

"oh anakku, silalah pulang ke rumah jka tidak ada sebarang kerja kerana kami semua ingin pulang ke kampung untuk melawat atukmu yang sakit. entah bila lagi kita nak berjumpa dengan beliau si atukmu yang sakit itu jadi marilah ikut kami pulang ke kampung bersama.."

ok, saya memang ada banyak tokok tambah kat situ. tiada perkataan oh anakku dan beliau. semestinya emak saya tidak seskema itu.

sabtu yang hening, saya bernekad mau pulang selepas membuat lab dan menguruskan hal ehwal motor yang tidak setel lagi (sekarang sudah setel). setelah tengahari menerjah, saya pun dengan bersungguh-sungguhnya pergi ke seri puteri untuk membeli tiket dan pulang ke kl (penat dowh tulis ayat macam skema dan macam bunga-bunga)..

dalam bas, saya duduk sebelah minah playgirl yang bergayut dengan seorang lelaki yang saya tidak tahu siapa (semestinya sebab perempuan itu pun saya tidak kenal siapa) dan aksi itu sangat menyakitkan telinga. urgh, sila bercinta di tempat lain dan jangan di telinga haku, haku ngantok mahu tidoo..potong cerita panjang menjadi pendek, sampai di kl saya terkejut sebab bangla adalah ramai lebih hangat dari biasa..

besoknya kami satu famili pun meghantar adik saya yang sengal itu pulang ke asramanya yang tinggi (sebab sangat atas bukit macam fak saya juga) direct terus pulnag ke kampung. atuk saya sangat kurus, sangat kurus sebab saya tak pernah tengok beliau sekurus itu. bila saya kata

"yan (saya panggil atuk saya yan), ni zura mai ni" beliau respon, beliau kenal saya, rasa bagga kejap, sebak kejap semua ada (part ni saya tak patut buat lawak atau buat perumpaan merepek sebab sekarang, ye sekarang sedang mode bersedih). sedang berbaring sambil suruh saya picit kepala sebab beliau sakit katanya.

setelah satu malam meracau besoknya beliau menghembuskan nafasnya yang terkahir di depan kami semua (sedih). at least saya sempat tengok atok saya yang selalu saya sambut hari saya raya salam tangan dia selama 25 tahun...

ok mengenai lembu itu, itu adalah lembu yang menginap di rumah atok saya...

-mari anugerahkan surah al-fatihah kepada atok saya. semoga rohnya dicucuri rahmat..

Friday, March 20, 2009

gerard-arthur-wayaholics!




memandangkan minggu ini adalah minggu saya-jatuh-cinta-pada-gerard-arthur-way-buat-yang ke-seribu-kalinya, bersabarlah dengan setiap entry yang akan sentiasa menyebut, mem'pronounce' atau menyanyi mengenai diri beliau sepanjang=panjang minggu ini (sekarang macam agak redha sebab actually, his wife is a bassist for Mindless Self Indulgence - ok, memang cool pon. tambahan pula akan meng'expect' seorang anak this summer. *sigh*)

saya nak nangis tersedu-sedu sekarang jugak...
isk..isk..

anyway,

itu hanyalah intro. saya takkan bercerita mengenai laki orang dari awal sampai akhir post kerana lebih baik saya bercerita mengenai kegemaran saya yang lain selain bershopping, merungut dan membaca buku lagha..

photography..

saya selalu juga intai aku tak peduli blogspot yang saya kira agak terkenal di malaysia juga yang mengamalkan ciri-ciri budaya Malaysia dengan menulis blog 100% dalam bahasa melayu (respect itu) dan saya juga admire gambar-gambarnya. ok, saya bukan macam gedik orang nak ada kamera canggih, saya pon nak ada SLR sebijik dengan 100 kali kuasa zoom atau lense yang panjang dan tinggi macam klcc. saya suka tengok gambar that's all. for his pics, i like the idea of nak rahsia tapi tak rahsia, nak nampak tapi tak nampak, nak seksi tapi tak seksi, nak tunjuk tapi tak tunjuk..

so, ok saya memang macam interested untuk cuba teknik semacam itu tapi of course la tidak mampu untuk membeli sebijik SLR mahupun kompak yang canggih. yang ada hanyalah sebijik camera phone 0.5 megapixel (erk, actually saya tidak tahu berapa megapixel camera phone saya itu, tapi sememangnya gambar tidak gah dan tidak peduli sebab sangat jarang guna - sebab gambar tidak gah itu sebab jarang guna). itulah sebabnya saya cuba untuk mem'black-and-white'kan gamba dengan harapan segala cacat-cela kurang terserlah. but still, gamba hitam putih sangat nostalgik...kan?

saya mahu jadi kaya seperti saiful neng..eh, saiful nang...

cis, kamera olympus kaler biru yang kurang canggih dan berharga rm600 itu pun kedekut nak beli, nak kaya macam saiful neng konon (ok, saiful nang..). tapi itulah, dengan kamera rm600 itu saya dapat beli baju MNG harga runtuh lebih kurang 12 helai. jika terasa kaya, blouse nafnaf itu boleh saya beli 6 helai. mungkin kasut clarks yang selesa macam pakai taknak cabut-cabut itu saya boleh beli lebih kurang 3. mungkin kalau beli 3 pasang kasut clarks, saya boleh jual yang lagi 2 sambil mark up harga. sudah boleh untung di situ..ok, itu sudah sangat jauh terpesong, sila pulang ke pangkal jalan..

ya mungkin saya patut kuburkan saja keinginan saya untuk menjadi saiful nang. saya rasa sudah bersepah saiful nang di seluruh Malaysia (mungkin tak sehebat saiful nang tapi amatur-amatur saiful nang memang ramai). even saya sendiri ada 3-4 orang rakan yang ada kamera SLR (sebab bercita-cita nak jad saiful nang - helmi, terasalah ye). tapi memang tidak dapat disangkal lagi kepuasan dapat capture gambar cantik yang diedit cantik (especially time kerja kawen) memang sangat-sangat puas hati (pengalaman sendiri di wedding sima, meminjam kamera cik rosey tapi tak edit pon tapi saja nak perasan darah photographer mengalir di dalam tubuhku..ahaks!)..tapi seriously, mereka yang amatur ini hebat juga (daripada saya yang nk beli telefon atur pon kedekut dan memang konon tak mampu).

oh ye. pesanan kepada cik rosey:

'bila kau nak bagi gambar wedding sima itu ke aku?orang itu sudah mahu beranak tahu??:P'

Thursday, March 19, 2009

i am..disenchanted



ok. semalam mungkin agak mabuk..
sebenarnya nak tulis will carry on, tertulis (atau silap tulis we'll carry on) nak tulis toro tertulis loro. hee, seb baik tak tulis lori but still gerard way punya nama tetap betul dan melekat di hati (walaupun cincin di jari manisnya itu masih bermain-main di minda sambil buat statement 'look at me!look at me! it means he's married!' cis, kuang hajau punya cincin...)

iye..demam my chemical romance masih terasa campur pening, campur perut tak stabil sakit kepala dua tiga hari sudah..ergh! saya benci sakit ok..oh gerard, silala datang ke Malaysia secara khususnya ke lab saya untuk membuat lab bersama-sama bagi memberi semangat yang jitu dan kental kepada saya..saya gerenti dengan adanya abang gerard di sini, saya pasti akan dapat result yang marvellous dan speechless sebab saya boleh berlagak sombong dengan rakan sebaya dengan menyatakan 'weh, aku buat lab nih dengan gerard way weh! how cool is that..' sambil buat lab juga dia boleh membantu dengan menyanyi lagu disenchanted kat telinga secara live dan akustik (saya tau saya over, tutup mulut)

sila lihat title entry memang terlintas langsung di kepala nak tulis tajuk tersebut tiba-tiba teringat tajuk album beyonce-- i am shasha fierce. saya tidak bermaksud nak meniru tapi obviously i am..disenchated adalah lebih sedap disebut dari i am shasha fierce. come on, shasha fierce? geli-geli perut saya menari lagu shakira. beyonce is a nice name oredy. dengar cerita shasha fierce is another side of her..erk? apa-apa ajalah kau B. saya tetap suka lagu single ladies kamu...(namun lagu if i were a boy sangat menyakitkan telinga).

okay, sudah merepek meraban lebih ni.

semalam saya mendapat perkhabaran sedih dari emak i love u so much. beliau telah memberi bobo dan tedy (2 ekor anak kucing yang besar macam ghimau) kepada orang lain seekor kepada puan datin yang macam tak ikhlas nak ambil tapi ambil juga sebab anak beliau yang beria-ria nak, dan seekor lagi kepada kawan emak yang memang menyarankan untuk tidak dihantar ke SPCA. sedih siut, gua cakap luu..dah nak tumpah ayaq mata bila dengar emak bercerita mengenai 'adoption of those little (but huge) kitties'. dengan rasminya penyebab homesick sudah tiada. tapi bersyukurlah juga at least rumah puan datin dan kawan emak itu besar (nak dibandingkan rumah saya si miskin yang kecik lagi sempit). hopefully mereka dapat menjaga kedua-duanya dengan baik sebab mereka berdua memang baik (isk mahu nangis ni)..

well...

life must go on..there are lots of lots of things to do..mahu habiskan master, mahu sambung phD (jika berkemampuan) mahu kahwin (jika ada orang yang sudi) mahu menjadi orang tua yang gembira, mahu menghapus dosa dan mahu mati dengan aman.

let's do it bebeh!

-gambar hitam putih sangat nostalgik......kan?

Wednesday, March 18, 2009

we'll carry on..

gerard way sedang nyanyi..

while waitin for kak sam doing her labwork..
i am writing this. its been a while, sebab atas alasan sebok konon-kononnya - padahal berpoya sana sini tak sempat nak bukak pc pun but still menjenguk blog sendiri dan tengok orang lain meng'hapdet' blog mereka..oh, malasnya saya..

tapi, setiap malam sebelum tidur di atas katil empuk saya dan bantal yang memang tahap tidorr tanak bangun punya, kepala yang sedang pening ini sangat ligat berpusing-pusing mencurahkan idea untuk apa yang nak diulis untuk entry seterusnya.

lepas bukak zurazura terus blur..erk? apa yang nak tulis hari ni eh?

never mind..doesn't mater pon..

so, last weekend encik boyfriend datang lagi untuk memujuk hati yang lara setelah mulut gatal ini menyebut 'saya sudah tawar hati'. sebenarnya tak delah tawar sangat pon hati ayam sedap digoreng cicah dengan sos cili pergh! lazat sampai menjilat jari. ya, dia telah memberi saya sekeping cakera padat 'MY CHEMICAL ROMANCE the black parade is dead concert mereka di mexico and new jersey.. cakera padat adalah original terkejut saya sebab encik boifren sebenarnya mintak tukar dengan cd cetak rompak MY CHEMICAL ROMANCE saya yang obviously tidak ada freebizz ka hapa kaa yang termuat dalam sekeping sarung plastik itu. saya dengan sengeh-sengeh pon bagilah cd cetak rompak itu kepadanya dan dvd concert yang original itu berpindah milik ke saya..(walaupun ada juga siri bermasam muka jugak selepas itu. tak perlu cerita)....

addiction terbaru minggu ini adalah;

melihat GERARD WAY melalak muka tetap maintain hensem. walaupon sangat suka show off cincin di jari manisnya sebelah kiri (saya baru tahu dia sudah berkahwin..urgh, saya terlambat!) namun, tetap hensem di mata. 3 hari di bilik postgrad kat atas, 3 hari juga mereka mendengar bising-bising saya mengenai betapa hensem dan bertenaga dan comelnya mamat itu (walaupun cincin di jari manisnya itu masih mengganggu fikiran saya. kalau gerard way sudah bersarung cincinnya, sape nak sarung cincin kat jari saya pula? oh, lupa pulak saya ada encik boifren..) oh ye, loro menggoreng gitar juga sangat hebat macam nasi goreng kampung yang sangat meriah ada ikan bilis goreng yang garng dan cili api bertabur serta bawang goreng dan ayam potong daging potong sos cili atas timun..

hujung minggu bersama encik boifren - setelah lebih kurang sebulan tidak melihat dunia pusat membeli-belah (selain jusco) hari itu boleh kata bertuah sebab akhirnya ada orang teman saya mencuci mata dan menonton wayang gambar. setelah sekian lama menonton skrin komputer sebagai skrin wayang saya, akhirnya saya tengok juga hari itu. DRAGON BALL - ok ok la bagi saya. the best part is bila bulma keluarkan kapsul motorbike nya..urgh! that one was cool.. sebelum cerita start, menonton preview-preview movie hebat yang lain - transformers adalah dalam senarai mesti tonton! MESTI TONTON ye rakan-rakan.. memang this time i think this movie will be super awesome kot..sebab ada superbig robort menyerang bumi..not exactly bumila kalau tak Malaysia macam effect sekali tapi kat new york je kot..whatever..saya tetap ingin pergi tonton..

and confession of shopaholic the movie? pasti tonton juga tapi mungkin..MUNGKIN..akan beli dvd di kedai ah seng dan tak kan pinjam kepada sesiapa. (saya tak mahu cerita ini senasib dengan koleksi dvd saya yang dah hilang -i miss sex and the city already)..mungkin juga saya akan menonton ceritanya dulu dan baru beli bukunya (seperti yang dicadangkan oleh azza) atau takkan..TAKKAN beli bukunya sebab dah tengok in motion picture.

by the way..

koleksi buku cerita sudah bertambah. kebetulan ada MPH fair di ground floor dan nampak CECILIA AHERN dari jauh. 3 buku sekaligus, saya dapat dengan harga rm50++. saya rasa quite berbaloi, saya ada banyak buku untuk dibaca dan spent tak sampai rm20 untuk satu buku dan buku tersebut adalah milik saya (ok, saya tahu pinjam dari library lagi berbaloi atau sewa di mana-mana atau pinjam saja dengan member tapi saya mahu memenuhi nafsu saya untuk memiliki. end of story). saya sudah habis baca A PLACE CALLED HERE and it is a nice story. saya takkan review ini cerita sebab encik boifren kata review buku di blog adalah sangat bosan (ok, saya sudah aplikasikannya ye)..

enough about my life..saya rasa sudah panjang sangat tulis...

Friday, March 13, 2009

bila 'moody' suasana menjadi 'disaster'

saya nak cerita pasal kereta lagi

ya, kereta lagi..

beliau sudah bercalar di bahagian belakang..
bercalar dan terkopak cat..
berlompong-lompong...


sebab saya dah langgar kereta orang..
not actually langgar, tapi macam 'raba' camtulaa sebab cat kereta saya je yang terhakis melekat kat kereta orang tu..
gi hantar polish kena laa 2 ringgit..
kalu hantar woksop mahu dia tipoo kata seratoss!

wutever.
cerita ini sudah lama..


kesimpulannya, kereta saya sememangnya tidak cantek dah..

urgh!

-saya tak jadi balik..
-homesick lagilah macam ni..
-adoi...

Wednesday, March 11, 2009

pagi yang gelap, kini sudah sudah terang..

aku adekmu dan engkau abang..lalalala...(sejak kebelakangan ini sangat suka menyanyi, kalau taknak dengar tutuplah telinga - kalau boleh dengar)

2-3 pagi ini memang humid, bak kata saya masa entry sebelum ini. sabtu ahad yang lalu, memang panas tahap melampau (cerita pasal cuaca memang membosankan). aksosori kereta banyak yang rosak, terpaksa nangis sebab samaada nak betulkan potpuri bunga yang saya beli bapaklah mahalnya di teddy tales, atau beli yang baru - kelopak bunga terlerai satu persatu, tempat gantung yang manik-manik pon terlerai satu-satu, saya tak salahkan teddy tales punya kilang, tapi memang definitely sebab panas yang macam melampau tahap konfom menggelegak kepala ini bila berjalan-jalan tanpa perlindungan bangunan (atau payung). terpaksa masukkan potpurri titu dalam kotak dashboard (saya tak tau nama sebenar main bantai)- dengan harapan, saya boleh betulkan balik guna gam tembak.

bantal tempat letak kepala warna hijau pucuk pisang itu juga sudah tercedera, tak dapat dikenal pasti apakah sebabnya. sebelum ini dia punya belakang tu getah, atas asbab panas sangat, getah itu pon sudah loose oledy. dan sebab saya ni memang kretif yang amat dan perasan pon ye juga saya pun potong getah tersebut dan ganti dengan reben kaler pink, saya jahit sambil nyanyi lagu dondang sayang. memanglah nampak alahai sweetnye kereta gue ada reben kaler merah jambu sangat jambu lah lagi kereta gue ini pasti tertawan rasa di hati makcik-makcik yang berjalan pulang dari pasar terutama cik bebah. tapi baru 2 minggu nampak sweet, itu reben sudah tercabut jahitannya, dengan perasaan hangin, saya terpaksa campak dua ketul bantal tersebut ke belakang.



bagi saya dua ketul bantal ini sweet

enuf about kereta. minggu ini sepatutnya balik kerana cuti 2-3 hari saya tidak balik. gila homesick! setelah dicalculate dengan tepat dan jitu, sepanjang kehidupan saya di selatan malaysia ini mana pernah saya tak balik sebulan lebih! ya, saya sudah tidak balik selama sebulan lebih (macam over padahal sebulan lebih, bukan setahun lebih!) dan lebih mengagumkan lagi, selama sebulan lebih itu hujung minggu saya diahiasi dengan seribu satu kerja lab yang tak jadi dan jadi. dan itu juga bermaksud, saya tidak bershopping secara sakan selama hampir satu bulan..(namun bermakan mewah setiap minggu adalah perkara biasa)..

penyumbang homesick


oh, mak abah teddy bobo mirah zambrie. daku rendu pada kalian semua (dengan penuh emosi).

-hari ni siap boleh lepak-lepak minum-minum dan makan-makan sebelum datang lab oh bahagianya menjadi student
-kakak-kakak senior sudah mula bagi task itu ini.. lepas ni saya pulak menjadi senior..hihihihiiii.adakah itu perasaan bangga atau apa? tidak!tidak sepatutnya bangga, perlu rasa terseksa sebab itu adalah tanggungjawab bukan cobaan..

Sunday, March 8, 2009

yang saya mahu

sambil dengar lagu brian mcKnight- back at one..ye, adalah lagu belajar mengira one two three four bla...bla..bla..lalalalaaa....dari tadi dok giat memikir apakah post yang seterusnya untuk blog ini (ceh, jangan perasaan orang akan beria-ria menanti entry baru dari kau wahai azura!). namun apekan daya, memang saya sangat suka menyumbang idea atau kesakit hatian atau ketensenan atau segala bagai lagi dalam ini tempat. suka hati, tak nak baca pon tak pe, tak kecik hati pon..

saya dengar yuna dua tiga hari ini. terima kasih kepada cik OlI yang menyumbang segugus lagu beliau kepada folder halwa telinga saya dalam pc saya yang sangat stylow ini. sementelaah mendengar, gatal tangan mencari apakah yuna itu? boleh tahan juge suara sedapnya itu..maka saya pun search dalam youtube (semua orang kaki youtube saya tau, sila search sendiri jika mahu tahu lebeh). ye, seperti yang diumpat oleh cik OlI, yuna adalah seorang wanita cute bertudung dengan selamba bermain gitar kapak dan menyanyi lalalalaa...


bukan saya, tapi adala yuna sedang nyanyi lalala..bukan saya yang tagkap gambar

konform lepas ni ramai yang bertudung-tudung ni nak belajar main gitar dan menyanyi macam yuna..lantak kau orang saya malas nak berkomen lebih..

dan saya juga ada terfikir, uish beshnye yuna sudah dapat mencapai cita-citanya untuk menjadi artis indie yang menyanyi dengan selamba dan bermain gitar sambil mengumpul dana untuk diri sendiri. at least, dia buat apa yang dia suka dan mendapat pendapatan dari situ (itupun kalau cita-citanyalah). saya rasa dia boleh pergi jauh dengan menang juara lagu macam estrange dan meet uncle hussein (or hussain-bantai sajalah)..

bila sudah memikirkan pasal seronoknya menjadi yuna yang dikagumi setiap insan muda kerana keselambaannya menyanyi lalalalaaa, pastilah pemikiran tersebut akan berbalik kepada saya sendiri (saya memang tidak komplikated, saya pun tak faham mengapa dari yuna, boleh berkait dengan diri sendiri).

persoalan yang timbul adalah:

SUKAKAH APA YANG SAYA BUAT SEKARANG?

apa yang saya konform suka adalah tempat lepak saya sekarang (yang dah tukar posisi sebanyak 90 darjah) meja saya yang menghadap tingkap dan kipas yang menderu-deru bertiup ke arah saya. pemandangan tingkap sangat cantik Sebab kebanyakan pokok hijau dan boleh nampak angin bertiup sepoi-sepoi membuatkan dedaun melambai-lambai..hah, amek siapa kata saya tak pandai puisi? hehe..

itu adalah suka jangka masa pendek. suka jangka masa panjang?

apa zura..?

apa?

entah..

suka kah saya dengan hari-hari datang makmal sambil berusaha berebutkan safety cabinet kalau lambat tunggulah engkau di situ gigit jari ke, gigit pen atau gigit kasut sampai giliran sampai. kalau bernasib baik, sambil tunggu sambil makan nasik yang dibeli di meranti.

safety cabinet yang saya idam untuk memilikinya sendiri. oh, bukan tempat simpan pinggan mangkuk dengan selamat ye, tapi tempat saya buat labwork saya..

sukakah saya dengan kerja-kerja remeh ambil sel dari liquid tank, main sembur-sembur alkohol, buang-buang harta kerajaan bila result macam taik atau senyum bangga bila result stabil dan labwork berjalan lancar..

suka kah?

entah..suka kot..

kesimpulannya suka kah buat kerja lab macam ni?

dulu pernah bercita-cita nak jadi pensyarah. sebab, entah..mungkin sebab pensyarah kaya kot..
pernah juga bercita-cita nak masuk utm sebab nak jadi engineer - tapi result fizik mengahalng perjalanan saya ke situ (terima kasih cikgu rosli kerana menyumpah saya-saya dah maafkan cikgu, eheh).
sejak dari undergrad sampai postgrad, hati meronta-ronta nak jadi arkitek pulak..
masa matriks pernah kata nak jual avon sebab result juga macam hapa..(saya bukan pelajar cemerlang)
juga rasa nak jadi fashion designer..
ada juga rasa nak jadi wedding planner..
ada juga rasa nak jadi macam yuna..huh?(adakah bermaksud bernyanyi dengan selambe sambil bermain gitar?) ape-ape sajelah labuu..

saya juga ada bercita-cita nak jadi business woman yang berjaya..
saya nak bela lembu..
dengar kata business lembu sangat untung..
bela kambing pun dengar kata macam untung juga..

buat sup kambing atau gulai kambing atau stew kambing sodap neh!


tapi sememangnya saya tidak tahu apa yang saya mahu..
memang terpaksa berpuas hati dengan keadaan diri sekarang sambil dengar lagu 'i swear'..
saya mahu kerja yang buat saya gembira dan passionate bila saya buat kerja tersebut..
kerja apakah?

dengan title 'MEng Biobluekh*&^(0*&^*&%^' adakah saya boleh buat apa yang saya suka?
hopefully boleh...
bolehkah?
ehem..ehem..
boleeeeeeeeeeh.....

mari tutup cerita..

-saya perlu bersolat dan berhenti dengar lagu 'i swear' yang mendayu-dayu sebab Tuhan dah bagi result baik kepada saya.
-sepatutnya bersyukur!

Saturday, March 7, 2009

entry tak ada gamba menarik.cuma cakap-cakap kosong

setelah seminggu kamini datang dan melepak dengan seronoknya di bilik saya yang cozy gile tahap bilik menteri, kamini pon dah balik semalam.
dia kata best seminggu kat sini (of coursela, sebab boleh jalan-jalan and naik kereta cantek saya yang saya suka pandu dengan lajunye bile sampai dekat selekoh tajam on the way ke bandar pasti kena slow sebab laju kang konfom kereta chantek saya terbalik guling-guling jatuh jambatan..)

dan saya rasa dia banyak bantu saya sebab saya pun banyak bantu dia (ini betul-betul bukan cobaan)....dengan adanya kamini semingg di sini:

1. masalah lab sudah dapat diselesaikan. result yang semacam taik itu telah dimodifiedkan dengan cara replikat n=6 (bukan tipu). dengan senang hatinya saya boleh proceed ke assay lain (ulangan: buat research di sini memang susah).

2. saya dengan bangganya ingin memberitahu bahawa saya sudah pandai side park okey. atas pelajaran secara 1 kali insentif (insentif atau intensif? apa-apa-en sajalah labu). jadi sekarang, saya pasti tidak ada masalah terkial-kial mencari parking straight alamak, parking tak da pulak, alahai, nak parking kat mana pulak ni? padahal side parking sikit punya banyak, ish manela gheti nak parking tepi-tepi nih, try masuklah..ergh, takboleh pulak, malu seh, kereta je cantek tapi side parking pon tak reti..cover malu..cover malu..alah, belasah jelah parking di situ -tak ada kotak parking.

sekarang dengan selambanya saya boleh side parking sambil tutup mulut.

semalam juge hari sibuk saya ke sana ke mari belari-lari anjing yang comel berbulu lebat seperti cerita marley and me (belom tengok dan tak mahu tengok). pergi makmal dan berjanji temu dengan dr r yang diura-urakan sebagai tidak boleh berkongsi harta kerajaan (dalam konteks ini adalah barang makmal) sebab supervisor saya bukan dr r. namun sangkaan dan ura-uraan adalah meleset sekali bila saya jumpa dia dan meminta kebenaran untuk menggunakan dan meng'konker' lab beliau dan menggunakan harta makmal beliau secara rakus, beliau dengan senang hati berkata ok!. apakah? begitu sajakah? saya dengan beria-ria sudah prepare untuk nangis tersedu-sedu bila keadaan perbincangan menjadi runcing bila dr r tak mau kasi guna lab beliau. tapi perkataan 'ok' dari mulut beliau siap memberi saya seorang phD student untuk assist saya dan menggunakan barang beliau tanpa perlu mengganti balik adalah sangat sweet dan bestnyee!!

selesai satu perkara lagi...minggu depan boleh buat assay baru..

dan pagi tadi kak d telah memberitahu satu perkhabaran yang menggembirakan. beliau telah meng'e-mail' dr r (dari uni lain) untuk menggunakan alat canggih bernama flowcytometer yang sampai sekarang lab saya bercita-cita nak beli tapi tak beli-beli sebab semestinya bajet negara tidak cukup untuk beri kami beli alat tersebut. maka, reply dari dr tersebut adalah 'ok' juga dan siap memberitahu kepada dr a dari sana untuk assist kami. saya gembira seperti mahu lompat dan kak d sudah senyum-senyum manja kerana impian kami ala-ala hampir tercapai gitu..

saya belajar sesuatu di sini..

JIKA TAK TANYA, TAK DAPAT

sebelum ini saya agak penakut gila selalu terfikir nanti apakah kata orang itu jika saya minta dan bertanya soalan yang maha banyak atau jika saya tegur dia adakah dia akan pandang pelik pada saya atau jika saya beramah mesra adakah saya akan nampak pelik, jika saya meminta adakah permintaan akan direject.

dan tidak semstinya jika seseorang itu diuar-uarkan sebagai garang macam nak makan orang, baik jangan jumpa dia atau takut-takutkan saya dengan berkata dia pasti akan tolak permintaan saya oh, pastilah kelemahan saya adalah tak dapat menerima kenyataan bila permintaan saya di reject. saya memang jelas mempunyai penyakit 'rejectophobia'-->ada wujudkah ayat ini?.

berbalik kepada ayat tadi, tidak semestinya perkara itu berlaku jika kita tak bertanya dulu. betulkan? macam kes dr r itu.mungkin pada masa itu dengan student lain beliau mempunyai masalah dalaman yang tak dapat diungkapkan. dan hah, amek kau kan dah kena marah, sape suroh mintak salah timing!.

dan mungkin pada masa saya mintak kebenaran itu adalah timing yang sangat betul.

oh, zura-zura..sudah-sudahlah kau merepek, sirius saya tidak sedar pulak entry ini sangat panjang..sila menguap dan tidor jika rasa busan..

-lapar pulak, di manakah janji-janji manismu wahai mr l untuk menjemput saya makan tengahari di dataran cemara?bukan suruh belanje pun, itukan semua makanan free :'(
-saya perlu makan..

Thursday, March 5, 2009

tag gatal nak kawen..kepak kepak kepung...

bukan cincin saya..

isu-isu mengenai perkahwinan kini sedang giat diperdengarkan di telinga saya. sekarang ini pun sedang mendengar-dengar kak akma memotong cawan kertas untuk membentuk seekor merak untuk majlis kawen abangnya. apakah perkahwinan itu indah?kenapa semua mahu kawen neh? rasa semacam environment memaksa saya kawen kepak-kepak kepung kepung..

tapi, marilah berangan-angan membuat tag pasal kawen..biarlah apa kata mereka atau apa kata saya mengenai ceh gatai nak kawen atau sudah sampai seru nak kawen atau ape kah yang kau merepek neh azura, sila buat tag sekarang...

1. How old are you?
masih mude. 24 nak masuk 25 tahun..mungkin orang lain kata saya tua, tapi saya tetap rasa muda di hati..


2. Are you single?

nope, TAKEN! --hah, sangat bangge..


3. At what age do you think you'll get married?

maybe next year, maybe next-next year, God knows when lah ye..


4. Do you think you'll be marrying the person you are with now?

hopefully, yes la..seket punye lame nak kenal encik azmi ini.

5. If not, who do you want to marry?

if not, i'll be single forever lah! knowing a man is like reading the whole books in a veeeery big library. knowing me is like berenang di laut pastu tak nampak darat, berenanglah kau sampai penat, kemudian terkapai-kapailah engkau minta tolong tapi tak ada siapa mahu tolong dan karamlah kau di lautan dengan 1001 penyesalan. perempuan macam saya memang tidak complicated.
(apesal panjang sangat description neh?)

6. Who will be your bridesmaid & bestman?

someone reliable la kot..entah i'll have mirah and zambrie. siblings..


7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?

garden wedding dan cuaca baik. mungkin dibuat di taman tasik manjalara. (ok, sangat spesifik pulak, heh).

8. Where do you plan to go on honeymoon?

di kaki gunung kinabalu...mari sokong cuti-cuti malaysia.


9. How many guests do you think you'll invite?
kalau ikutkan hati kedekut saya ini, 100 orang sahaja yang saya nak jemput. kalau boleh nak buat time weekdays! hah!terserlah tak sifat 'kedek' saya ini?


10. Will that include your exes?

kalau 100 orang je yang saya jemput, ex pasti tidak ter'include' itu membazir namanya. -sebenarnya tak da ex pon. sila jangan beria ye, zura-zura!


11. How many layers of cake do you want?

i want my wedding nice and simple, tak perlu kek.. membazir!('kedek' lagi)..


12. When do you want to get married, morning or evening?
like the normal kawen event laa..


13. Name the song/tune you'd like to play at your wedding:

i listen to mary digby, quite suitable for my kawen. so mary digby it is...


14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?

makan dengan tangan boleh tak..


15. Champagne or red wine?

air yang halal adalah cukup..


16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?

maybe right after the wedding..encik azmi mungkin tak banyak cuti..uhuk!uhuk!


17. Money or household items?

money please?


18. How many kids would you like to have?

i dont know...

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?

maybe..


ok, habes..saya menjawab tag memang sangat bosan..
urgh!

saya mahu tag sesiapa saja yang terasa ingin ditag -
especially yang rasa diri nak kawen yee..

-kepala pening
-kepala pening
-kepala pening

Wednesday, March 4, 2009

selatan tanah air sangat humid sekarang ni..























bukan tetingkap bilik saya..



2 malam lepas tidor mengerekot macam ape..
semalam siap pakai 3 lapis baju.. gile sejuk macam kat nuzeland sane (saya tak pernah pergi nu zeland tapi camtu kot sejuknya..sila tanya azza..dia pernah kata suhu di sana boleh sampai 3 degrees kot saya dah lupa..sekarang baru kutahu seksa kesejukan itu)..
saya suka hujan-hujan ni..sejuk-sejuk..kalau ada suami kat sebelah boleh peluk-peluk..hah, terserlah kegatalan mau kawenkuu..bluekh..!

tapi hujan ini jugak secara tak langsung membuat saya jadi pasif dan mengerekot. tambahan pula internet masih lagi bengong seperti dulu menambahkan lagi kegemaran saya untuk duduk di kerusi dan menaip dan membaca blog orang lain (notes: blogspot sangat senang untuk di access). saya suka membaca blog orang lain sekarang. terasa seperti melompat ke alam kehidupan orang lain tanpa perlu bertanya

"awak apa khabar? sihatkah? anak ada berapa sekarang? bersuamikan siapa? makan apa hari ni? bagaimana keadaan bayi di dalam kandungan dan apakah jenama beg kegemaran."

semestinya semua itu sudah terjawab dengan sendirinya hanya dengan MEMBACA BLOG. kadangakala orang yang tak dikenali pon saya sibuk nak tahu mungkin sebab nak meniru gaya hidup dia yang kaya raya dengan beg dan kasut berjenama, atau nak tahu pengalaman berlaki dan beranak, atau nak tahu macam mana nak hisap rokok sambil menghembuskan asap berbentuk kapal (notes: teori sahaja, saya takkan praktikkan). dengan membaca blog saya juga boleh membezakan antara parti republikan dan parti demokrat yang selama ini saya tak hingin langsung nak ambil tahu.

saya pun tak pasti dengan post tajuk 'selatan tanah air sangat humid sekarang' apakah kaitannya dengan 'keentah-apa-apa-en' saya tentang faedah-faedah membaca blog orang. mungkin atas sebab cuaca yang humid ini hobi saya yang suka membaca blog ini dapat dijalankan dengan baik sekali.

-saya tak faham kenapa aras office ini sangat busuk macam bau kasut masam..%&^%$%$
-bercerita mengenai cuaca memang tak best..
-perlu bersiap sedia untuk melakukan aktiviti lab yang menyakitkan hati..
-saya perlu kamera baru dengan segera..



Tuesday, March 3, 2009

tekanan perasaan tak ayat ini menghiasi skrin anda?



















jawapan dari saya adalah YA. katakan YA kepada yakult.
sangat tekanan perasaan macam rasa nak balik bilik sekarang dan tido sebab semalam tidor lambat bersembang rancak sambil mengumpat dengan kamini malam semalam. encik boyfriend juge ter'ignore' kerana sangat sibuk membincangkan tentang masalah makmal dan cara penyelesaian paling berkesan - memandangkan kamini adalah student cemerlang yang membuat eksperimen di lab canggih dan serba lengkap, saya perlu tanya banyak dan menuntut ilmu. sambil-sambil itu juga mengumpat kak waina mr lee eddy dan yi lan - semua bukan nama sebenar.


tolong ye internet tolong..
saya mahu jadi rajin hari ni dan ingin menghantar email untuk memohon quotation sebab saya nak beli barang yang bertambun banyaknye. jika barang cukup, barulah saya boleh buat kerja makmal dengan bahagia. nampak sangat KAMU si internet ini dengki bila saya nak menjadi seorang studen yang rajin. tolong jangan buat hal macam ini dengan saya. saya tak heran pon kalau KAMU mau dengki..jangan susahkan hidup saya ok?!

tapi memang nampak sangat KAMU si internet yang dengki mahu saya berpoya-poya - blog, boleh pulak access dengan senang dan lajunya..tahukah KAMU yang saya ini sudah insaf? berblog jika perlu dan membaca blog orang lain jika bosan dan pening? tolong jangan buat saya macam ni. saya mahu insaf..

dah.

titik.

end.

-antara dua. sama ada nak berblog lagi atau pergi isi sampel dalam botol. SHit, i hate making decisions..urgh!

Sunday, March 1, 2009

tangan terlebam dalam sejarah




















sudah seperti ada sedikit pengurangan di situ...




ye, memang dalam sejarah kehidupan saya, saya tak pernah lebam di tangan sebegini teruk. di kaki sangat selalu, di tangan jarang sebesar ini. punyelaa besar bapak saya pun tak tahu apakah sebabnya mungkinkah digigit hantu atau terlanggar hantu saya pun tak tahu. Nauzubillahiminzalik jika ia adalah disebabkan oleh hantu..

obviously, bukan sebab hantu sebab mak kate jika hantu yang gigit, lebamnye tak saket. ini lebam sangat sakit kalau tekan dengan beria-ria sakitnya tidak terkate. ye, bukan sebab hantu.

saya pun tak ingat langgar ape. disebabkan adalah di area pergelangan tangan, saya yang memang amat menggemari aktiviti sinsing-sinsing lengan baju ini terpaksalah beria mengcover lebam tersebut. jika berjaln di sekitar jusco taman u atau angsana atau paling hebat di tebrau city, pastilah orang di sekitar yang terpandang tangan saya ni tersalah sangka.

"ni mesti kes pukul bini. teruk betol suami dia neh" saya kata mungkin mereka akan cakap begini. adalah rekaan semata-mata ye. patut saya buat muka sedih macam isteri solehah yang dianiaya suami.huh, pasti dramatik giler babi..(nasib baik tak jalan ngan encik boyfriend dan menyinsing lengan).

tapi saya taklaa berjalan ke sana ke mari nak show off lebam bekas kena pukul suami. hanya duduk di bilik dan pergi lab, pergi office, menghadap pc yang internetnye lembab macam ape- siput joging lagi laju. nak try download katy perry punye lagu pon tak boleh. tapi seb baik hari ni boleh pulak (berinternet kat tempat lain lagi pun..)..leh layan jiwang ngan thinking of you lagu kegemaran terbaru..

dan sementelaah saya di lab sedang bersungguh-sungguh letak acridine orange dan ethidium bromide pada sel yang dah contaminate dengan harapan bolehla tunjuk result yang bagus padahal sangat obvious mane boleh pakai result yang 'contemp' tapi lastly memang tak berjaya pun, budak lab yang berbau wangi masuk dan terus menegur dengan ramah

"kenapa dengan tangan tu?" muka pastilah sangat culture shock macam rusa masuk kampung baru atau kampung pandan. saya yang terlupa nak cover tangan (ceh macam wanita solehah gitu) terus tutup ngan lengan baju dan snyum simpul sambil kate

"gadoh ngan samseng semalam" sambil sambung senyum. biarlah persoalan itu tidak terjawab sebab saya pun tak tahu kenapa boleh lebam sehebat itu tanpa terlibat dengan sebarang gocoh-menggocoh.

hmm, tak lama lagi hilanglah tu...