Saturday, February 14, 2009

kisah kunci, lab dan encik boifren























semalam encik boyfriend datang ye..
niat sebenar - dia outstation di sini, jadi singgah melawat saya..datangnye dengan bas, dengan niat lagi - pinjam kereta saya sepanjang kehidupan 3 hari 2 malam di sini..jadi dia pun merembat kunci kereta saya yang tergantung sekali kunci lab dan kunci post grad room nun..

hari ini, niat saya nak pergi lab terbantut sikit (sikit je baru) sebab dengan harapan, sampai lab nanti adalaa orang. hari ni semangat siut bangon awal (takla awal sangat sebab dah tido 12 jam tanpa henti -dah pening takleh tido dah) bersiap-siap terus nak gi lab nih..
semangat waja lah katakan yee..jadi, saya pun lap-lap laa moto saya yang berabok konon nak anta balik ke kl tapi tak anta-anta lagi tuh dengan harapan boleh stat la gamaknyee.
seb baik jugee leh stat and leh rempit naik bukit fakulti yang menelan belanja duit minyak setiap kenderaan yang mendaki bukit tersebut..
sampai kat lab...

kunci..
bilik post grad- kunci..
ceh!
saya pelik betol time saya bawak kunci, bilik-bilik berkenaan dengan hebatnya terbuka luas, dan berduyun-duyun rakyat jelata nak buat lab..
neh bila saya lupe kunci saya yang sedang riangnya bersangkutan kat kunci kereta saya yang sdang dipegang riang oleh encik boifren saya, boleh pulaaaak takda orang langsung kat lab..
ini sesuatu yang pelik..
saya bingung...

saya pun dengan keciwa rasa hati menelepon encik boifren bagi membuka minda saya supaya saya boleh melakukan tindakan seterusnye..

"hari ni datang tak" kata saya..
"datang kot...ada kije ni..nak saya hantar kunci ke?"kata die..saya tau dalam hati die die kate -"nanti kalau ada masa baru anta"
"tak pelah, nak datang kang bawak kunci tu sekali..."kata saya lagi..oh, saya seorang awek yang baik--ceh poyo..

saya pon dengan sugul pergilaa balik ke bilik office kesayangan saya kat bawah bukit (saya ada dua tempat merempat, bilik office bawah bukit and bilik atas. kedua-dua bilik ini agak jauh yer sebab kena dan perlu untuk merentas segala onak dan duri seperti bukit bukau dan tangga dan kemuncup dan segala. bilik atas itu adalah bilik post grad yang juge sangat berhampiran dengan lab-oi, banyak pulak description)..

jadi hati tengah lara sekarang nih..
dengan harapan nanti petang encik boifren bawak kunci sekali ngan bunga sekuntum ke, cincin sebentuk ke, rantai seutas ke -hah, saya mata duitan doh! tapi tak kesah aa sebab saya rasa hari ni sedang harga murah KOT..yeke? kan hari ni valentine day..well, saya tak delaa se'excited' mane nak sambut-menyambut hari kasih sayang nih..neva mind..forget about that..

so, marilah tunggu-menunggu akak lab datang-entah saya pon tatau koi baper dorang nak datang bukak pintu. adoi..

No comments:

Post a Comment