Monday, February 16, 2009

ada manusia bongek telah langgar bontot 'kereta chantek saya'

ok..
tajuk macam over panjang pulak..
yer seperti yang telah diuar-uarkan oleh saye di atas, 'kereta chantek saya' telah dilanggar oleh seseorang (atau beramai-ramai) dan saya tidak tahu siapa punye angkara.

begini ceritanya (oi, saya nak bercerita neh, sila dengar or bace)

encik boifren yang telah senang hati meminjam 'kereta chantek saya' dengan baik hatinya telah mengahntar kereta tersebut untuk dicuci dan dipolish - oh, memang bertambah chanteklah kereta itu dengan kilauan putih bak mutiara, siapa yang memandang pasti tersilau dan terpesona dan itu tersangatlah pastinya.

(ok itu adalah satu ayat)

kemudian, kami pon keluar berfoya-foya dengan seronoknya dan menyinggah di sebuah kompleks membeli-belah. sudahlah kena bayar seringgit (berkira siut saye), mencari parking pula adalah satu perkara yang ala-alamustahil gitu. setelah seketika kemudian, kami pon berjaya menjumpai parking yang sangt strategic - dekat dengan pintu utama, senang masuk, tidak sempit, dan segala macam lagi.

setelah bercanda seketika di situ, kami pon bercadang nak balik. huha-huha, saya pon tet-tetkan 'kereta chantek saya'. dan saya;

"hah? ni bukan kereta saya nih!" saya exclaim. saya cek no plet kereta yang dah jadi tak berapa chantek tersebut. W******. yer, betol dan pasti itu adalah kereta chantek saya yang dah tak berapa chantek dah. saya pilu, tergamam marah, saya berlegar-legar di sekeliling kereta tengok kot ada kesan calar melampau kat tempat lain..oh, nasib baik tak de. tapi saya tetap sedih sebab bontot 'kereta chantek saya' sudah diciom oleh kereta lain. kalau ciom makin chantek takpela jugak, bolehla saya maafkan memandang kan saya nih memnag seorang yang pemaaf hendaknye. abes calar-calar kopak-kopak itam kat bumper. kemek seket kat bonet belakang. nampak macam taik burung bertempek di situ. berdasarkan bukti-bukti yang ada (macam csi la saya nih) kesan langgar bukan sebab nak keluar atau masuk parking. ini macam oang pegang lesen tv tapi bawak keter sambil langgar atau sengaja langgar sebab mungkin sakit hati tengok kereta saya yang chantek macam mutiara itu. oh, ape-ape jelah.

jadi kesimpulannya di sini sepandai-pandai anda memarkir kereta, pasti akan dilanggar jua..sekian, terima kasih..

180 patah perkataan.

No comments:

Post a Comment