Saturday, February 28, 2009

dengan ini saya mengucapkan selamat tinggal kepada bulan february

bulan ini bulan jiwang-jiwang..
bulan sibuk-sibuk...
bulan blur dan bulan lab tak jadi dan result taik..

jadi mari layan bulan yang akan datang dengan lagu sedeh ini..
ok, saya hanya bagi lirik, jika nak dengar lagunye sila nyanyi sendiri atau search di youtube...

thinking of you - katy perry

Comparisons are easily done
Once you've had a taste of perfection
Like an apple hanging from a tree
I picked the ripest one
I still got the seed
You said move on where do I go
I guess second best is all I will know
Cause when I'm with him
I am thinking of you
Thinking of you
What you would do if
You were the one
Who was spending the night
Oh I wish that I
Was looking into your eyes
You're like an Indian summer
In the middle of winter
Like a hard candy
With a surprise center
How do I get better
Once I've had the best
You said there's
Tons of fish in the water
So the waters I will test
He kissed my lips
I taste your mouth
He pulled me in
I was disgusted with myself
Was looking into...
You're the best
And yes I do regret
How I could let myself
Let you go
Now the lesson's learned
I touched it I was burned
Oh I think you should know
Looking into your eyes
Oh won't you walk through
And bust in the door
And take me away
Oh no more mistakes
Cause in your eyes I'd like to stay...


-lagu di atas adalah lagu melayan perasaan. mengajar saya untuk menghargai ape yang ada..
-weh, apesal lak saya cam nak nangis baca sambil nyanyi lagu ini?-ye, lagu ini sangat sedeh..
-katy punya sepatu dalam vid clip ini adalah sangat cantek..
-kyle xy dalam ni macam kacak bergaya la pulak (-selama ni rase macam dia sangat biase)..
-sejak 2-3 hari ni internet sini sangat down macam hape..
-hari ni naik moto tetiba hujan pulak. adoi tak leh balik pulak ni..

Tuesday, February 24, 2009

sekali sekala hendak juge jadi budak-budak..

walaupon saya boleh digelar emak budak dah sekarang,
dan walaupon kadangkala terasa macam "hoi, ape ko panggil aku tadi" - bile bebudak kecik dah start panggil saya makcik atau aunty...
dan walaupon orang akan kate tua bagak macam tu pon nak main permainan bebudak lagi..

saya tetap akan rase seperti saya tak perlu pedulikan semua itu..
kehidupan sebagai seorang 'grown up girl/woman' adalah sangat tak best...

jadiiiii.........................

sabtu lepas saya membuat keputusan untuk ikut rakan-rakan sebaya menuju ke jalan bahagia..
ke pasir gudang ye..jangan salah sangke..
buat ape?
tengok dan main benda ini;


definitely ia adalah layang-layang bercorak belang
uih, sungguh seronok tidak terkate. ye, memang adalah pesta di situ sebab ia adalah international and of course dari sekecik-kecik lelayang, hingga sebesar-besar bagak lelayang ada kat situ..
(jangan tanye macam mane dorang bertanding main layang-layang-saya tak tao!



















































ada kreken ada sotong, jerung, rumpai laut..dah macam seafood dah!..


dan yang paling pesta nye, selepas event itu, para amatur nak tunjuk skill juge main lelayang ni..
ok, mule-mule macam malu-malu kucing gittew sebab segan siut nak main tengok bebudak kecik je yang banyak pegang n cuba nak terbagkan lelayang tersebut. tapi sebab keinginan hati meronta-ronta nak main sebab kecik-kecik dulu tak biasa main (kalau main pun dulu abah yang terbangkan) dan dengan sokongan oli si rakan sebaya, kami pon beli lelayang dan main. ok, kami memang tak malu..tapi bebudak lain pon yang terbangkan lelayang mak bapak dorang jugee. kengkadang yang excited lebih adalah ibu dan bapa mereka. -saya rasa mesti bebudak kecik jeles tengok lelayang kitorang tinggi dan dalam hati mereka terdetik "bestnya kalau 'makcik' itu jadi mak kite. dia pandai main lelayang" sambil melihat bapaknya yang sedang terkial-kial tarik layang-layang atas rumput..poyo siut saye..abaikan ayat tadi...























ini baru pesta--kata saya kepada oli. note: layang kami adalah antara yang tertinggi.




memang time ini rasa sangat pesta..walaupun pada akhir rancangan layang-layang kami yang belang dan cantek itu terlepas pulak (atau terputus talinya) - cis rugi sekeping lelayang berharga rm 4 dan segulung tali rm2..saya pasti itu menandakan saya perlu ke masjid segera untuk menunaikan solat asar yang masih belum tertunai lagii.. Astaghfirullahalazim..lagha...!

ini adalah kali pertama saya datang ke pesta layang-layang sebegini. saya pasti akan datang lagi ke sini untuk merasai kemeriahan yang sangat menyeronokkan ini.

-rasa macam report dak darjah 5 la pulak..pengalaman pergi ke pesta layang-layang...cikgu, saya nak A sebab report saya bagos!

Monday, February 23, 2009

entry bertajuk bebas...

SERABOT SIOT KEPALA OTAK INI!
@%#^$*&#&^$*^#&%$^@()#*(_@()*#)_@...
ok, itu sudah cukup panjang..
*tengah tengok bekas kuku cengkam kat jari hantu tangan, pastu taip balik...
tengok lagi, korek-korek ngan ibu jari tangan..tak sakit da macam minggu lepas..uiks, ada pulak kesan puteh kat kuku. ornag kata kurang vitamin ape ek? dah lupe...saya dah kekurangan vitamin..

*garu-garu kepala (bukan sebab gatal) nak tulis kat sini tapi tak tau nak tulis ape..
blur kejap..
saya rasa study saya entah macam ape..$&^*(&*^%&%$%^$*()...
macam masalah kecik tapi perlu dipandang besar nanti orang tengok saya tak de problem dalam kehidupan mereka akan jeles tak hingat punye..
jadi terus-terusan mengerutkan dahi sekerut-kerutnya sampai ada kesan kedut prematang di muka sebab praktis berkerut terlampau..cis!..
sedang cari benda untuk difikirkan tapi tak de bende jugak nak fikir sebab kalau fikir sakit kapala plak..jadi biar je laa..
adakah saya sedang berlari dari masalah?
*geleng-geleng kerut lagi*
saya perlu emak, abah supaya saya boleh manja-manja..mintak abah buat char kwey tiaw pasti sedap best giller sampai menjilat garpu, mesti abah senang hati buat punye untuk anak kesayangan dia neh..kat mak pulak boleh citer tentang peristiwa langit dan bumi kehidupan saya dan mengumpat sesape yang di sukai sebab mak pasti akan menyokong saya 100% kalau mak tak sokong pon pasti die akan bagi jalan penyelesaian yang berkesan dan seket pon saya tak terase sebab dia adalah mak. walaupon kehidupan kami adalah dari dua generasi berbeza tapi advice dari mak yang makan nasi dulu dari saya adalah sangat dialu-alukan.. (mak sangat rock ok! luv u..mmuah!mmuah! 8X..)..

saya juga perlu bobo dan teddy untuk saya peluk dan cium hidung mereka yang sejuk itu. walaupun dorang pandang saya dengan pandangan pelik dan jelik saya peduli hape asalkan saya bahagia.

saya peru terapi otak tapi saya tak tahu nak korek kat mane di kawasan terdekat ini..semalam, semalam saya jumpa tikah sahabat lame, ada dekat setahun jugak tak jumpa dia kata saya dah kurus..bukan kurus sebab kurang makan atau ape, kurus mungkin sebab tekanan perasaan - ye, memang betul tekanan perasaan ni..

tapi nak buat macam mana..selagi result macam taik, selagi itu saya akan stuck di sini..

rasa macam nak tulis buku bertajuk 'SHIT'...

Friday, February 20, 2009

apa yang saya nak hanya kamu..

Juno soundtrack- all i want is you























If I was a flower growing wild and free
All I'd want is you to be my sweet honey bee.
And if I was a tree growing tall and green
All I'd want is you to shade me and be my leaves

All I want is you, will you be my bride
Take me by the hand and stand by my side
All I want is you, will you stay with me?
Hold me in your arms and sway me like the sea.

If you were a river in the mountains tall,
The rumble of your water would be my call.
If you were the winter, I know I'd be the snow
Just as long as you were with me, when the cold winds blow.

If you were a wink, I'd be a nod
If you were a seed, well I'd be a pod.
If you were the floor, I'd wanna be the rug
And if you were a kiss, I know I'd be a hug

If you were the wood, I'd be the fire.
If you were the love, I'd be the desire.
If you were a castle, I'd be your moat,
And if you were an ocean, I'd learn to float.

sebab encik boifren tidak romantik sangat untuk memberi ini lagu kepada saya, saya dedicatelaa lagu ini untuk diri sendiri..:)

Thursday, February 19, 2009

cerita yang menaikkan semangat sangatlah dialu-alukan!

di saat-saat genting,
di saat-saat macam nak nangis atau sudah nangis tersedu-sedu,
di saat-saat sorang-sorang tak tau nak buat ape,
di saat-saat telepon encik boifren tapi tak angkat atau angkat sekejap lepas tu cakap sekejap jugak sebab dia sangat sebok,
di saat-saat korek kotak makanan tengok makanan semua dah habis...
di saat-saat main game sampai stage akhir dah menang dah tak de benda nak maen dan sudahpun ulang dekat 8 kali,
di saat-saat rasa macam nak marah semua orang...

ye, di saat-saat itu..

koleksi dvd peribadi especially cerita yang menaikkan semangat memang tersangatlah perlu..
walaupun tengah sedih nangis sebab tekanan perasaan atau ape, lagi ok kalau sedih nangis sebab tengok cerita sedih terharu so sweet dan sebagainye..
walaupun tengah boring nak pengsan, tengok cerita menaikkan semangat nih terus macam semangat nak buat kerja and tak mo buang mase dah...tobat tak moh buang mase dah! -ceh, ni berblogging nih ape citer?
memang cerita semacam ini sangatlah perlu..

saya tengok citer RUN FATBOY RUN. moral of the story is KALAU ADE MASALAH JANGAN LARI! FACE IT! BUAT KERJA SAMPAI HABIS! mesti sampai habis! walau sakit ke hape ke, terhalang ke hape ke, sila buat kerja sampai habis..pong! memang macam ade orang ketok kepala saya dengan kayu dan berkate,

'hah tak sedar diri lagi ke? keje kan tak habes lagi!' macam ada suara kecik bising-bising belakang telinga.

terus insaf ok..insaf..

saya tengok cerita JUNO. moral of the story is, terimalah kehidupan seadanya, enjoy life, jangan memburdenkan diri dengan benda-benda remeh. plus budak pompuan yang berlakon cerita tu tersangatlah cute dan selamba..and the soundtrack too, saya sangat suke...yeah, life must go on...

'life must go on!' kata suara kecik itu lagi..


saya tengok cerita PS I LOVE U. moral of the story is, yeah life must go on jugak even orang yang paaaaaling ditangkap citan lentok jatuh cinta pasti bersama sehingga akhir hayat tiba-tiba mati sebab tibi, sakit jantung barah, darah tinggi dan sebagainye. Dan, buatlah kerja yang disukai..kalau tak suka involve dalam real estate, suka kasut, nak desing kasut - go on! buat kasut, pergi belajar design kasut dan segala bagai..(ok, itu dalam kes cerita ni laa..)


so, tak rugi sebenarnye buang mase kat benda merepek-repek cam ni..
saya pasti akan terus buat kerja merepek tengok citer inspirational macam tu supaya saya terus termotivate...

"yeah you can do it!" kate suara kecik tu lagi...

in real life, saya ada mak. telefon mak mintak tolong. and mak terus setelkan. gile arh, mak memang supercool laa..thank you very much, mak!

Tuesday, February 17, 2009

sudah tidak se'enthusiastic' seperti dulu.




























saya tak tahu adakah saya ini seorang yang enthusiast?
kalau tak, saya harap dapat jadi seorang, meng'excited'kan diri setiap kali nak buat kerja, tak kirela nak main congkak, atau makan nasi lemak mak limah yang jual kat koop, atau belajar cara memasak ikan masak lemak cili api kegemaran jiran sebelah. tak kirelah! saya nak jadi seorang enthusaist.

apa kebende pulak enthusiast itu?

The Enthusiast also refers to the "Type Seven" personality type (not to be confused with the "Type Three"/"Type A" personality) (Daniels & Price 2000). People who fall into this modern definition of "enthusiasts" are adventurous, constantly busy with many activities with all the energy and enthusiasm of the Puer Aeternus (Peter Pan Complex). At their best they embrace life for its varied joys and wonders and truly live in the moment but, at their worst, they dash frantically from one new experience to another, too scared of disappointment to actually enjoy themselves. Enthusiasts fear being unable to provide for themselves or to experience life in all of its richness.

-sile google atau wiki untuk tahu lebih lanjut.
erm, mungkin ada sedikit kekeliruan bile anda wiki, tapi saya fokuskan pada modern usage yee..sila ambil perhatian di situ..

saya rase saya memang seorang yang bersemangat waja (saya rase saje ye)..
tapi itu dulu..
sekarang, saye rasa perasaan itu dah tak ada..
saya sudah tak berapa excited nak buat lab..
dah tak excited nak pergi buat lab..
boleh kate tak excited nak hidup..
ceh! saya rasa ini dah tahap memang melampau..

jadi, untuk mengexcitedkan diri, bermacam-macam care saya buat..
kalau ada masa, petang-petang jalan sekitar kampus..
amek horse riding lesson..
jalan sekitar taman u..
pergi jusco..
shopping..
shopping..
(ok, itu 2 kali dah)
makan sedap-sedap..
pergi jalan sane-jalan sini...

still...

K.O.S.O.N.G

urgh! what should i do eh?

satu benda yang bermain-main di kapla sekang neh adalah pulang ke kampung halaman, bekerja di sana dan menikmati suasana kampung halaman yang sesak dan serabut...(kampung halaman adalah di kuala lumpur)..mungkin sebab saya dah biasa dengan suasana serabut dan sesak -sebab dari kecik di situ.

kalau saya nak hidup suasana bandar, saya pergi shopping complex yang berlambak di situ. kalau saya nak bersungai, saya boleh pergi uluyam (ceh, uluyam best ke?). kalau saya nak berpantai, leh gi PD (PD pon bolehlaa...).

tolong isikan kepala hotak saya ni dengan perkara yang boleh buat saya semangat seket boleh?

Monday, February 16, 2009

ada manusia bongek telah langgar bontot 'kereta chantek saya'

ok..
tajuk macam over panjang pulak..
yer seperti yang telah diuar-uarkan oleh saye di atas, 'kereta chantek saya' telah dilanggar oleh seseorang (atau beramai-ramai) dan saya tidak tahu siapa punye angkara.

begini ceritanya (oi, saya nak bercerita neh, sila dengar or bace)

encik boifren yang telah senang hati meminjam 'kereta chantek saya' dengan baik hatinya telah mengahntar kereta tersebut untuk dicuci dan dipolish - oh, memang bertambah chanteklah kereta itu dengan kilauan putih bak mutiara, siapa yang memandang pasti tersilau dan terpesona dan itu tersangatlah pastinya.

(ok itu adalah satu ayat)

kemudian, kami pon keluar berfoya-foya dengan seronoknya dan menyinggah di sebuah kompleks membeli-belah. sudahlah kena bayar seringgit (berkira siut saye), mencari parking pula adalah satu perkara yang ala-alamustahil gitu. setelah seketika kemudian, kami pon berjaya menjumpai parking yang sangt strategic - dekat dengan pintu utama, senang masuk, tidak sempit, dan segala macam lagi.

setelah bercanda seketika di situ, kami pon bercadang nak balik. huha-huha, saya pon tet-tetkan 'kereta chantek saya'. dan saya;

"hah? ni bukan kereta saya nih!" saya exclaim. saya cek no plet kereta yang dah jadi tak berapa chantek tersebut. W******. yer, betol dan pasti itu adalah kereta chantek saya yang dah tak berapa chantek dah. saya pilu, tergamam marah, saya berlegar-legar di sekeliling kereta tengok kot ada kesan calar melampau kat tempat lain..oh, nasib baik tak de. tapi saya tetap sedih sebab bontot 'kereta chantek saya' sudah diciom oleh kereta lain. kalau ciom makin chantek takpela jugak, bolehla saya maafkan memandang kan saya nih memnag seorang yang pemaaf hendaknye. abes calar-calar kopak-kopak itam kat bumper. kemek seket kat bonet belakang. nampak macam taik burung bertempek di situ. berdasarkan bukti-bukti yang ada (macam csi la saya nih) kesan langgar bukan sebab nak keluar atau masuk parking. ini macam oang pegang lesen tv tapi bawak keter sambil langgar atau sengaja langgar sebab mungkin sakit hati tengok kereta saya yang chantek macam mutiara itu. oh, ape-ape jelah.

jadi kesimpulannya di sini sepandai-pandai anda memarkir kereta, pasti akan dilanggar jua..sekian, terima kasih..

180 patah perkataan.

Saturday, February 14, 2009

kisah kunci, lab dan encik boifren























semalam encik boyfriend datang ye..
niat sebenar - dia outstation di sini, jadi singgah melawat saya..datangnye dengan bas, dengan niat lagi - pinjam kereta saya sepanjang kehidupan 3 hari 2 malam di sini..jadi dia pun merembat kunci kereta saya yang tergantung sekali kunci lab dan kunci post grad room nun..

hari ini, niat saya nak pergi lab terbantut sikit (sikit je baru) sebab dengan harapan, sampai lab nanti adalaa orang. hari ni semangat siut bangon awal (takla awal sangat sebab dah tido 12 jam tanpa henti -dah pening takleh tido dah) bersiap-siap terus nak gi lab nih..
semangat waja lah katakan yee..jadi, saya pun lap-lap laa moto saya yang berabok konon nak anta balik ke kl tapi tak anta-anta lagi tuh dengan harapan boleh stat la gamaknyee.
seb baik jugee leh stat and leh rempit naik bukit fakulti yang menelan belanja duit minyak setiap kenderaan yang mendaki bukit tersebut..
sampai kat lab...

kunci..
bilik post grad- kunci..
ceh!
saya pelik betol time saya bawak kunci, bilik-bilik berkenaan dengan hebatnya terbuka luas, dan berduyun-duyun rakyat jelata nak buat lab..
neh bila saya lupe kunci saya yang sedang riangnya bersangkutan kat kunci kereta saya yang sdang dipegang riang oleh encik boifren saya, boleh pulaaaak takda orang langsung kat lab..
ini sesuatu yang pelik..
saya bingung...

saya pun dengan keciwa rasa hati menelepon encik boifren bagi membuka minda saya supaya saya boleh melakukan tindakan seterusnye..

"hari ni datang tak" kata saya..
"datang kot...ada kije ni..nak saya hantar kunci ke?"kata die..saya tau dalam hati die die kate -"nanti kalau ada masa baru anta"
"tak pelah, nak datang kang bawak kunci tu sekali..."kata saya lagi..oh, saya seorang awek yang baik--ceh poyo..

saya pon dengan sugul pergilaa balik ke bilik office kesayangan saya kat bawah bukit (saya ada dua tempat merempat, bilik office bawah bukit and bilik atas. kedua-dua bilik ini agak jauh yer sebab kena dan perlu untuk merentas segala onak dan duri seperti bukit bukau dan tangga dan kemuncup dan segala. bilik atas itu adalah bilik post grad yang juge sangat berhampiran dengan lab-oi, banyak pulak description)..

jadi hati tengah lara sekarang nih..
dengan harapan nanti petang encik boifren bawak kunci sekali ngan bunga sekuntum ke, cincin sebentuk ke, rantai seutas ke -hah, saya mata duitan doh! tapi tak kesah aa sebab saya rasa hari ni sedang harga murah KOT..yeke? kan hari ni valentine day..well, saya tak delaa se'excited' mane nak sambut-menyambut hari kasih sayang nih..neva mind..forget about that..

so, marilah tunggu-menunggu akak lab datang-entah saya pon tatau koi baper dorang nak datang bukak pintu. adoi..

Friday, February 13, 2009

akhirnya kepala hotak sudah terang lagi bersuluh..






































walaupun meeting dengan supervisor adalah perkara yang paling menakutkan dalam hidup saya, namun, hari ini saya rasa segala macam mak nenek yang berserabut di kepala dengan sendiri nya terungkai satu-satu..
terima kasih diucapkan kepada supervisor saya yang datang dari jauh nun sana nun..
at least, ada saya tak rasa ragu-ragu, sedih, pilu, stress, nak makan orang dan sebagainye..
rasa macam nak lompat pon ade, tpi tepok tangan jela..
(kalau rasa gembira tepuk tangan..clap-clap)

walaupon saya rasa macam bodo gile berdepan dengan beliau -
die akan tanya soalan dan saya macam '"hah?!", "urrm..erk.." atau "uhuk..uhuk..i'm sorry i don't know", "well, i will find out"...
-tapi saya rasa tak pe lah rasa bodoh pon..macam saya kate tadi, semua rasa pelik-pelik *especially rasa macam nak makan orang tu* ilang...

terima kasih lah ye dr..jasa mu amat-amat dikenang...:)

Thursday, February 12, 2009

busy bee





i am busy as a bee..
plus, saya tidak mempunyai ape-ape idea untuk post di sini..
plus, saya juga ada banyak masalah yang dihadapi...
plus, saya tense gille sekarang..
sedang berusaha untuk lompat dari halangan masalah,
dan berusaha untuk menyelesaikan kerja..
habiskan kerja, lompat halangan...
egrgh!@#$%^*#$#%#

Thursday, February 5, 2009

walking down memory lane




























aini! aku amek pic ni letak sini boley aaa..



saya tak menyangka setelah 10 tahun berlalu,
seorang rakan sebaya yang dah lama hilang tah ke mana telah menegur saya..
saya bukak page die, TADAA!
satu pic yang sangat mengimbau kenangan..
10 tahun yang lalu..
form 3 1999..3 umar..
dan saya tak sangka yang kawan saya seorang ini
menjadi seorang penulis berjaye..
sebab saya ingat lagi, kitorang sangat suke menulis novel sendiri dalam buku latihan..
berbuku-buku..ada yang 2 buku, 3 buku...
tak payah susah-susah beli novel..
kitorang ada otak-otak kretif kat sini yang memang terer tulis novel..

saye memang penggemar novel.
saya ade jugelaa tulis tapi tak hebat macam orang lain..
saya pernah buat satu cerita dah sampai 3 buku latihan..
pinjam kat orang, and orang itu menghilangkan buku saya (or menyimpan untuk mencilok idea saya)
HuhUhHuhUH..doesn't matter..itu adalah kisah lama..
anyway, thanks to aini for bringing back those memories..
memandangkan saya ini ada sedikit short kat kapala, ada seket memory loss (sebab telan banyak serbuk meggi), those kind of reminders really made my day..

hmm, i remember time matriks dulu, azza-die selalu kate "jue a ingat tak mase time sekolah bla bla bla..." and saya macam "huh?ade eh?bile?"---Blur..sian sama ko azza..heheh..terus dapat title 'amnesiala ko neh!'

Tuesday, February 3, 2009

satu hari kat sini..

selalu dan setiap hari, bawak kereta mendaki bukit ke chem. nat. rec. eng. fac..-->saya reka sendiri nama itu..sedap heh?
hari ini pun sama..agak tengahari. pukul 11.30 baru sampai..
aik?banyak kereta pulak nih?
ada function ape?
ok, park depan kereta kak siti laa..
oraet, angkut beg, angkut paper bag, angkut bag laptop -->banyak pulak beg saya..
masuk post grad room, kak siti ada, kak ana ada, ikram, hassan - kak atul, kak dihah dalam lab..
park beg kat tempat kak mir-->dia takdak...
letak segala macam mak nenek punye barang untuk buat lab dalam water bath..
okeh...
lepak di bilik post grad sampai sekarang..maen tenet, bukak fwenster, bukak mail -->guna pc kak sam-->die takde gak..
sembang2-huha2-makan limau...
sambil..
tunggu turn guna hood..

*dah biasa dah macam ni..seronok kan?:)

Monday, February 2, 2009

i am hungry..













i should eat something..
but i am toooo malasss to go out buying something to eat..
i have a 'bad-lab-day' and i need something to cheer me up..
i need food to calm myself down..
i need food...

hey..hey, did you see the kisah percintaan zura-zura sidebar?
a solid 6 years..
i'm so happy!
*wink-wink*

i need to rush..i need to find food and continue my 'bad-lab-day'...
adioss!