Saturday, January 3, 2009

apa yang ada dalam keter pompuan?






















idea entry ini datang secara tiba-tiba pada pukul 4 pagi semalam..
semasa mata saya masih terkebil-kebil, nak tido tapi tak boleh tido
-walaupun sudah drive 4 jam dari johore to kl
maybe sebab nescafe ais latte tu..
hampeh..
mari kita tengok ape yang ada dalam keter kami-kami ini...


1. potpourri teddy tales..

tak semua laa...tapi kami memamng suke kalau ada sedikit sentuhan wanita -seperti potpourri tersebut di dalam kereta kami.nampak cantik jika digantung kat cermin pandang belakang.

2. tempat letak kepala

alaa...that small pillow yang supprt kepala especially front seat (erm, kat backseat adaka?). macam-macam jenis yang akmi boleh pilih seperti pooh bear kaa, mickey mouse kaa, nightmare kaaa...mashimaro kaa.. macam-macam leee..

3. seatbelt

iye, kat seatbelt pon kami suke nak letak hiasan-hiasan nih. selalunye yang sama dengan tempat letak kepala tersebut - sebab jual satu set. tau, lelaki pun ade juge, tapi kami punye lagi meriahlaa dengan gamba kartun seperti pooh bear kee...mickey mouse ke...-sila rujuk no 2...

4. binatang peliharaan

at least, kami mesti ada paling kuuurang pon seekor binatang peliharaan. kalau boleh kami nak angkut semua cucu-cicit kami dari sedara-sedari "fluffy toys" letak kat dalam kereta. nak letak kat belakang/dashboard atau di mane-mane saje..(kalau boleh kat enjin pon kami nak letak jugak...)

5. wangi!

kereta kami mesti wangi. bau-bauan pilihan adalah yang lembut-lembut gittew..saya rasa lelaki pon suke kereta wangi kan...

6. stilettos, kasut, selipar spare

mesti ada bagi mengelakkan berlakunya suasana panic apabila..
"ha?nak singgah gi rumah mak mentua? selipar jamban je nih!"
atau..
"rimas plak aku pakai heels tekan clutch"
so, selipar dan lain-lain adalah sangat penting...

7. tissue paper

adalah benda yang sangat wajib ye rakan-rakan untuk saat-saat mengelap comot lipstick atau maskara yang terlebih, atau bersihkan cili di celah gigi...

8. sunnies

untuk show off sunnies kami, inilah masanya waktu paling sesuai. well, mata kami sangat berharga. kami taknak mata kami terkena sinar uv yang merbahaya..

-boleh tak saya publish buku ' the men's guide to the women's car'? :)


No comments:

Post a Comment