Friday, April 10, 2015

kalau pi penang mai pekena char kway tiaw!

assalamualaikum wbt.

lama chek tak bersiaran.

minggu lepas, aku demam teruk. rancangan nak pergi melaka tak menjadi. sedih betul. tapi hari rabu minggu lepas aku ditugaskan untuk jaga booth di karnival science4u. first time join benda benda macam ni, rasa seronok juiga walaupun suara serak serak basah macam ella. bila explain rasa penat tapi gagahkan jua.. not bad for a first timer.

sementelaah dah bekerja tu, malamnya kami jalan-jalan. misi utama, seafood tanjung dawai. tujuan utama adalah nak ke ladang lebah kelulut merbok di lembah bujang. alang-alang tu pergilah terus beli belacan dan ikan bilisdi tanjung dawai. dah sampai situ haruslah rasa seafoodnya.

merbok tu kampung aku so aku lah jadi tourguide kejap masa tu. nasib baik depa semua kata seafood tu sedap. i pun yang sakit ni pun lalu jugak makan. lamanya takmakan seafood.

sebab terlalu taksub sangat makan seafood maka gambar pun tak ada. tapi kalau dah sampai sungai petani tu, exit sahaja sungai petani utara (sungai petani ada dua exit ye - kalau dari kl tu exit yang kedua) ikut shaja signboard ke lembah bujang, akan lalu semeling dan sungai merbok. dari lembah bujang tu terus je sampai nampak kedai jual banyak makanan hasil laut. selalu aku beli kat situ sedap sikit berbanding yang betul betul kat tanjung dawai tu. ke depan sikit boleh jumpa kedai seafood. kalau pergi petang sebelum matahari terbenam memang cantiklah. nampai laut. ni aku ambil angle bertentang laut. kampung, laut dan pokok kelapa haruslah tak dapat dipisahkan.



itu untuk hari pertama. hari kedua pulak lepas habis jaga booth, sengaja nak cari makanan sedap sekitar penang. aku teringat azmilia cakap char kwe tiaw sungai dua terbaik. aku google-google akhirnya jumpa tempatnya. memang senang cari. sebab kami dari utara, kami exit tol sungai dua, belok ke kiri. ada banyak kedaimakan kat situ, dan satu kedai char kway tiaw telur basuh (trademark dia) di belah kiri. char kway tiaw dia memang terbaaaaaaaiikk.. padahal setiap kali balik kampung setiap kali tu lalu. rasa menyesal pulak tak try dulu. la ni dah tau, boleh terjah selalu. kalau pergi waktu petang tak ramai orang, cepat dapat. bukak dalam pukul 5.30 tak salah. harga sepinggan special macam ni rm6. memang terbaaaaaiiik..



kami sebenarnya duduk di kepala batas. jadi on the way balik tu sebenarnya boleh je lalu jalan dalam. member aku teringin nak tengok matriks penang dia. pakai waze, kami lalu jalan dalam dan singgah depan pintu gerbang matriks penang. first time jugak aku pergi matriks penang ni. aku dulu matriks melaka. matriks pilah pernah pergi masa melawat kawan-kawan kat situ.

lepas member melepas rindu, kami teruja nak cari taman rekreasi pantai kamloon yang memang betul-betul di kepala batas. cari punya cari akhirnya jumpa. memang tricky sikit nak cari tempatnya. tempat simple, tak ramai orang datang. betul-betul tepi highway, berhampiran papan iklan besar. siap tanya penduduk kampung macam mana nak pergi. tempat memang dah tak terjaga sangat. tapi kalau nak enjoy view matahari terbenam memang best. sambil angin-angin sepoi dan ada lembu-lembu meneman.





sebanarnya aku yang konfius, dahlah taman rekreasi, pantai kamloon pulak tu. nampak tak tak synchronize kat situ? jadi untuk menyahkan kemusykilan kami, tu yang smapai sini. sebenarnya kampung tu yang nama pantai kamloon. tapi sebenarnya ia berada di sungai muda. aku pun tak tau mana datang nama pantai tu. tapi view memang cantik.

hari ketiga, sekerat hari, kami pekena laksa kat rnr je. cari kedai laksa tak jumpa. budak-budak ni tanya aku mana nak cari laksa, aku cakap orang utara ni, kalau nak makan laksa buat sendiri je. kan? logik kan? memang aku tak pernah cari kedai laksa kalau balik kampung. eh kejap, ada kat sebelah kampung aku. tapi takkan nak patah balik ke merbok kan.

jadi itu sahajalah perjalanan pendek aku ke utara. syiok woi dok terbayang seafood and char kway tiaw best tu. kalau hangpa pi sana, jangan lupa pi sungai dua naaaaaa....

Sunday, March 22, 2015

kongsi dua ketul gambar makan

assalamualaikum wbt.

short post je sebab pergi short trip. baru balik je dari bandar kuantan. ikut suami outstation sebab ada perlawanan bola kat situ semalam.

yang sedihnya tak dapat nak jalan jalan bandar kuantan sangat sebab azmi tak sihat. nak naik cruise pun tak dapat sebab tanya-tanya orang, kena beli tiket kat gambang. amboi jauh betul nak beli tiketnya, last-last tak jadi. huhu..

but bandar kuantan, insyaAllah akan datang lagi bila bila. bukannya jauh sangat pun kan.. nak pergi makan seafood di tanjung lumpur, nak pergi berpantai di cherating, dan bersuka-ria di Gambang waterpark.

so few things yang best kat kuantan walaupun hanya short-short trip adalah ini;

OMG everything goreng tepung ya'll!

terletak di sepanjang jalan kampung tanjung lumpur, kalau kat bandar kuantan tu, memang boleh je ikut signboard confirm tak sesat insyaaAllah. ini jelah yang sempat terjah sebab malam tu azmi ada kerja. kat situ jugak ada banyak tempat makan seafood termasuk ana ikan bakar petai yang ada sebijik di bangi ni. oh one more thing is the keropok lekor, to be honest aku lagi suka keropok lekor kuantan sebab rangup rangup bertepung berbanding keropok terengganu yang sangat berikan tu. so kat sini sempatlah merasa. :D

that night, aku makan di hotel sahaja; spaghetti aglio olio vegetarian menjadi pilihan. sangat sedap! aku rasa kalau nak datang untuk makan aglio olio semata kat hotel ni pon okay sangat sebab sedap!

 
the best aglio olio

the hotel that we stayed is Rocana Hotel, Kuantan. even the morning breakfast is not bad. croissant pun sedap. 

balik dari kuantan, singgah rnr temerloh untuk pekena tempoyak ikan patin, yaAllah sedap sangat!

so short trip kali ni short sangat, which has been fulfilled by food, which i love so much.. 

Monday, March 16, 2015

jatuh cinta dengan calaqisya

assalamualaikum wbt..

last last week, makcik azmilia tiba-tiba main paksa-paksa kawan kawan dia ni pergi butik-butik kat bangi - calaqisya to be exact. hari tu kira ada jualan murah happy birthday bos, so lacey jubah ada less sampai rm130 sehelai. budak ni meroyan so dia drag kitorang semua pergi membeli belah.

aku pulak, time tu memang sudah bosan dengan koleksi baju kenduri milik diri sendiri. so memang ada niat nak beli jugak. first time weh, pergi butik yang budak budak muda suka pergi ni. i consider diri dah tua lah sebab exceed 30. tapi korang yang muda muda ni dapat duit mana eh beli jubah baju dress mahal mahal ni? pakai duit ptptn ke?

so that day, memang tak susah langsung untuk aku cari tempat tu sebab dah tahu. belakang pkns tu memang banyaaaak sangat butik baru bukak ye.. yang selama ni ada kat shah alam tu, kat bangi pun sudah ada ye. aku akuilah bangi sekarang heaven sangat nak membeli belah. kalau nak makan churos sedap pon boleh pergi pclo, nak makan steamboat pon ado, nak makan chinese muslim food pun ado. eh apa ni lari tajuk pulak.

so, hari tu dapatlah aku membeli satu lacey jubah best ni. sebab pekerja dia pon ala kanak-kanak so seronok je dia melayan kakak bising ni membeli belah. rasa homeey sangat.. aku pun rasa sangat jatuh cinta dengan material, dan kecantikan jubah tersebut.



i suka sangat ok!

aku doakan calaqisha selalu buat sale sebab aku boleh terjah beli lagi jubah best.

and kat situ banyak jugak vendor boutique baru buka. terjah je balakang pkns tu, korang mesti rasa macam meroyan jap sebab semua online boutique dah berpusat kat situ. kalau ajak laki, suruh dia pergi al ikhsan yang tiga tingkat tu. takdelah dia rasa terleft out sangat. haha.

so apa lagi, weekend ni pergi terjah ye..

Monday, March 9, 2015

quick update: sketch!

assalamualaikum wbt.

quick update. esok isnin, pagi ada meeting, petang pon ada short meeting. and sekarang baru habis buat proposal. life is so hectic now. tapi tak apa. rezeki kena berbaloi dengan usaha. and dapat mengasah otak jugak. which is okay for me.

so these few days, aku terserempak kat ig few artists (yang lukis lukis ye, bukan nyanyi nyanyi atau lakon-lakon) sangat cantik lalu terinspired lah konon nak start lukis lukis jugak kan. i read somewhere that one of the thing that can boost your happiness is to get creative by doodling on papers.

i remember there were times when i was actively doodling on papers especially buku biodata tu. you guys yang lahir zaman 1980's mesti ada buku tu kan. i have them till now. dari darjah-darjah ke sekolah menengah. when i was in form 5, masa tu dah start tulis-tulis all the speeches and memories because it was our final year at school. so i usually drew something beside my so called 'biodata' and ucapan-ucapan 9A SPM in hands 2001. OMG memoirs betul.

so i really really want to see that back, tapi of course lah aku conteng atas buku orang kan. yang ada dalam buku aku sendiri is this one;


it was written 'pemandangan dari bangunan mara kelas 5 sains 2 room no. 7.10'

this was the time when i had my tuition class in MARA sebelah sogo in 2001. everytime rehat je, merayap pergi sogo. haha. but i really had fun there. pergi tuition pun seronok. the friends were great, the view pon best, nampak menara KL lagi.

and when i doodle something, i feel happy. serious. that is why i try to start back this habbit. bukan sekarang tak happy, but with loads of work, i try my best to calm myself and be happier!

so these are the recent ones;





tu je lah baru. tengah develop habbit. belasah je lah kan. mode rindu benda pelik zaman dulu-dulu tu kembali memang rasa best je.

so for you guys, what kind of old habbit yang you guys suka nak ulang balik sekarang? do share. :)

Monday, February 23, 2015

grand lexis - bercuti redah ajelah.

assalamualaikum wbt.

yeah tengok tajuk dah tau kan.. last 2 weeks, aku and azmilia and ina, terjah meredah ke grand lexis. lagi. yes. ni kira kali kedua kami datang sini sebab biasalah, ada private pool. this time, aku book bilik SKYPOOL VILLAAA! (kasi jerit sikit)..

dia yang jadi redah dan terjah ni sebab kami lama gila rancang nak pergi singapore tapi tak realisasikan lagi sampai sekarang. semua orang sangat busy so azmilia pon kata, kita terjah je lah ke pd. tempat dekat dan boleh berenang dengan gembiranya. sangat last minute. jumaat petang terus terjah ke pd. aku yang uruskan booking, ina transportation and azmilia food.

aku yang pening sebab nak cari which one is the best. last time, kami ambil garden suite. not bad at all. sangat open, but the pool is still tertutup enough. so okay. this time, aku try cari bilik yang paling tertutup, then skypool villa menjadi pilihan sebab memang tertutup.

that day, kami pon sampai agak lambat, sebab singgah jumpa azza di kuala pilah. terus dapat free consultation. best best.. petang tu bila sampai terus jerit kegembiraan sebab cantiknya hotel ni!!

jerit I

jerit II

ok dah tak jerit dah. 

nampak tak tingkap dua ketul tu? tingkap tu bersambung dengan kitchenette and bilik air. memang best, memang heaven. we spent time talking, gossiping, swimming of course, exercise!

eating is the main agenda that night. 

the breakfast is so-so, i prefer having breakfast outside because it's cheaper. jalan jalan sekitar water chalet, and we just can't got the pool out of our head so kami balik and straight to the private pool. 


posing atas batu jalan warna merah. 

and bila balik, singgah pantai just nak rasa pasir di kaki. pantai saujana is recommended, and we can see lots of people camping, having barbecue and playing kites! ok next time kita berkhelah sini pulak ye!

selfie!

and that's a wrap!

ps: nampaknya pergi pd ni macam bakal jadi acara tahunan je. hihi.
pps: picture credit to azmilia.

Monday, February 9, 2015

short trip - terengganu

assalamualaikum wbt.

baru baru ni pergi kuala terengganu ikut husband. bila dengar nak pergi terengganu, masih berkira kira nak pergi sebab jauh. rupanya highway lpt dah siap ye ok jom pergi sekarang! heh.

kami pilih felda residency sebab antara top hotel di kuala terengganu and dekat dengan pusat bandar. dapat bilik best, menghadap sungai terengganu, nampak masjid besi, nampak kampung cina, nampak jambatan sultan ismail, nampak juga bot bot kecik menyelusuri sungai. amboi best sungguh.

view from the 10th floor
and first day kami kat sana, aku memang merancang dari awal nak round kuala terengganu. tapi sebab masa husband limited, jadi tak pergi pun banyak tempat. cuma satu ni memang aku beria nak pergi sebab nak tengok architecture nya yang cantik!

tempat tu adalah muzium negeri terengganu.

banyak jugaklah yang aku belajar kat sini especially cerita batu bersurat, asal-usul terengganu, hal-hal diraja, tekstil lama which i adore so much sebab aku suka tengok kain zaman dulu dan macam macam lagi. tengok pintu masuk pun tau dah kan muzium ni cantik! macam rumah kayu zaman dulu cuma ianya besar dan buat dari batu *tiba-tiba berangan nak rumah cenggini.

the entrance 

lepas melawat muzium, kami tak pergi pun taman tamadun islam tu sebab dah pergi. jadi jalan-alan sekitar kampung losong, and terus balik ke hotel. sebelum tu singgah dulu kampung cina sebab dekat sangat dah. kampung cina pula dekat dengan pasar payang, boleh jalan kaki saja.

so apa yang ada kat kampung cina?

kampung cina sekarang bahagian belakang yang ke arah sungai tu dah di upgrade dan ditambak untuk tempat parking. plus, ada pokok lampu (macam i-city). masih biasa. tapi yang tak biasa adalah, setiap lorong di kampung cina ada trademark dan hiasannya yang tersendiri.

being me yang suka gila street arts and kalau boleh nak kejar dan tangkap gambar kat semua tempat, haruslah terjah. tapi hanya sebahagian sahaja yang dapat aku pergi sebab panas and masa terhad.



mereka ada lorong penyu atau 'turtle alley' yang ajar/educate kita untuk pulihara/pelihara penyu, lambang negeri terengganu. so memang terbaiklah lorong-lorong macam ni, sempoi je. 


cerita mengenai seorang budak perempuan bernama maya yang bermimpi berjumpa penyu yang sedih sebab keturunannya makin pupus. 

lorong tu kecik ni sahaja, masih boleh beri info yang banyak. 

and of course sepanjang perjalanan ada tingkap tingkap nyonya begini. 

ada few cafes jugak untuk kita lepak-lepak. tapi sebab panas, jadi tak pergi pun. and kalau dengar bunyi bising burung tu, kebanyakan tempat di sini telah diubah suai untuk jadi rumah burung walit. ala, yang birds'nest soup tu. so memang akan selalu dengan bunyi burung. 

the next day, jalan lagi untuk cari tempat canting batik pulak. amboi, tourist sangat nak cantik batik bagai. tapi memang pengalaman bestlah bukan pernah pun canting canting ni. seronok pon ada. 

excited conteng kain

and hasilnya!

oh ya, untuk conteng-conteng batik ni, haruslah ada di noor arfa craft centre di kuala ibai, dekat je dengan masjid terapung tu. dan satu kain ni hanya rm10. kalau warna 10 orang, still rm10 kot sebab aku warna dengan husband, still rm10 jugak. 

lepas tu, kami pun balik ke kuala lumpur semula.

last, kalau lalu bandar kemamang, boleh singgah kedai kopi haipeng. kopi dan roti bakar dia memang terbaik!

Tuesday, February 3, 2015

archery

assalamualaikum wbt.

lagi satu hobi baru dan azam baru.

ini.





and of course dengan gang baru.

lagi pun archery ni sunnah. so why not kita terapkan pada orang tua tua macam aku ni. takpe, masih belum terlambat. lepas ni boleh practice kasi lurus tangan jangan pengko sangat.

oh ye, tapak archery adalah di A Famosa Resort, Malacca.